(HIBURAN) Uriah See Cemerlang Dalam Setiap Bidang Yang Diceburi

Bakatnya mula menyerlah selepas Uriah See menyertai agensi, Idea Music Entertainment. Semua perubahan berlaku tanpa disedari selepas pihak pengurusan membuat beberapa perancangan untuk kerjayanya.
Menerusi latihan yang diatur, beliau berpeluang mengetengahkan bakat yang selama ini tidak disedari seperti bidang nyanyian, lakonan dan penciptaan lagu.

Sepanjang bernaung di bawah pengurusan Idea Music Entertainment beliau berjaya menimba pelbagai pengalaman dan sekali gus menjadikan Uriah See sebagai artis serba boleh.

Mengejar Impian dalam Opera menerusi program “Super Vocal Musim Kedua”
Super Vocal Musim Kedua merupakan salah satu program TV terbesar dan popular di China. Selepas produksi mengumumkan 36 finalis yang berjaya menyertai program tersebut, nama Uriah antara yang sering menjadi perhatian ramai.

Sejak dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, beliau amat menghargai peluang yang diberi kerana sejak kecil Uriah sudah didedahkan dengan muzik klasikal. Uriah turut memperolehi Gred 8 dalam Diploma Muzik Klasikal.
“Muzik klasikal adalah sesuatu yang amat saya minati dan saya ingin mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, saya rasa amat terharu dan teruja.

“Dalam kegembiraan itu ada kesedihannya apabila saya mendapat tahu penggambaran program TV itu akan bercanggah dengan jadual penerbitan album. Terus terang saya berada di dalam dilemma. Saya tahu bukan senang nak dapat peluang ini.

“Saya yakinkan diri untuk merebut peluang ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Tentang penerbitan album baharu saya itu, tarikh lain akan ditetapkan kemudian selepas selesai penggambaran program tersebut,” kata Uriah.
Kini, Uriah sedang menjalani latihan dan penggambaran untuk program nyanyian tersebut. Beliau juga telah membuat penampilan dalam program TV “Day Day UP” dengan bimbingan mentornya dari musim pertama. Beliau juga berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik agar penampilannya memberi kesan kepada penonton.

Cubaan Pertama Sebagai Pelakon Utama Dalam Drama Bersiri Fried Rice Paradise di Singapura
Drama bersiri popular di Singapura, Fried Rice Paradise yang diadaptasi daripada muzikal terkenal karya genius muzikal Singapura, Dick Lee, mendapat banyak pujian daripada orang ramai. Video

pengenalan mengenai Uriah yang dimuat naik di Facebook produksi berjaya meraih tontonan sehingga 1.9 juta dalam tempoh dua bulan sahaja.

Sebagai pelakon utama drama tersebut, Uriah begitu sedih apabila tidak dapat menghadiri sidang media drama itu di Singapura semasa ia mula disiarkan.

Mampu menjadi sebahagian dalam projek tersebut dan dipilih oleh Encik Dick Lee, saya sudah berasa bangga. Sepanjang menjalani penggambaran selama tiga bulan, saya banyak menimba pengalaman manis bersama barisan pelakon lain. Saya harap dapat bekerjasama dengan mereka lagi pada masa akan datang,” kata Uriah.

Dalam drama tersebut, Uriah berlakon sebagai Hennessy Goh, anak angkat seorang hartawan yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Beliau bekerja untuk ayahnya dan mendapat arahan daripada ayahnya untuk menggoda pelakon wanita utama agar menjualkan kedai runcitnya kepada mereka dengan harapan seluruh kawasan tersebut akan menjadi hab perniagaannya

Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kerana Hennessy jatuh cinta dengan pemilik kedai runcit tersebut.

Ditanya sama ada beliau berasa tertekan membawa watak sebagai pelakon utama, jelas Uriah, tidak sama sekali.
Jelas Uriah, beliau sedaya upaya telah memberikan lakonan yang terbaik untuk watak yang dibawa. Sebaik saja menerima skrip, beliau cuba mendalami watak Hennessy sepenuh jiwa agar tidak tertekan sewaktu di set penggambaran.

Adakah beliau komposer lagu “Listen to Your Inner Voice” dendangan Victor Wong dan Azora Chin?
Rupa-rupanya lagu duet baharu Victor Wong dan Azora Chin, “Listen to Your Inner Voice” yang sering diputar di stesen radio adalah ciptaan Uriah dan seorang komposer lain.

Lagu “Listen to Your Inner Voice”, nyanyian Victor Wong dan Azora Chin secara tak langsung mempamerkan karisma karya komposer dari Malaysia itu.

Uriah merasa teruja apabila mengetahui lagu tersebut merupakan salah satu lagu utama yang terdapat dalam album dendangan penyanyi Azora Chin. Azora memberitahu Uriah bahawa beliau akan menyanyi lagu ciptaan Uriah dan komposer itu berharap di masa akan datang, hasil karyanya akan mendapat pengiktirafan orang ramai.

Sebagai anak seni yang berwibawa, Uriah berjanji akan terus mengembangkan bakat seninya hingga ke peringkat antarabangsa dan sekali gus mengharumkan nama negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *