(HIBURAN) XOXO di Skrin Di 9 (TV9) jam 8.30 malam pada 30 Januari 2013

Untitled

 

Nadiya Nisaa ditawarkan RM 2, 000 untuk menjadi kekasih Remy Ishak selama sehari? Pada mulanya lakonan mereka berjalan lancar tetapi penipuan Nadiya Nisaa terbongkar apabila adik perempuan Remy, membongkarkan penipuan mereka.  Nadiya Nisa rupanya bukanlah kekasih hati Remy, sebaliknya pemilik cinta Remy adalah seorang gadis comel bernama Aleesha! Haa.. anda semua pasti tertanya-tanya bukan?  Jangan keliru, itu semua hanyalah lakonan semata daripada Remy Ishak dan Nadiya Nisaa untuk telefilem istimewa arahan Kabir Bhatia, berjudul XOXO yang akan menemui penonton TV9 pada 30 Januari nanti dalam Skrin Di 9  jam 8.30 malam.  Telefilem XOXO ini turut dibintangi oleh, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Bonda Hajah Afida Es.

 xoxo 22

XOXO mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.  Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia! Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.  Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.

 xoxo 28

Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.  Haziq menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.    Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik dan berimej emo serta dingin terhadap lelaki.  Haziq tiada pilihan lain selain meminta pertolongan daripada Dahnia untuk menyamar sebagai Aleesha dan sanggup membayar upah yang tinggi asalkan Dahnia sudi untuk bertemu dengan neneknya.

 xoxo 18

Pelbagai konflik terjadi dalam masa yang singkat, dan anda perlu untuk menyaksikan telefilem komedi romantis ini untuk mengetahui apakah akan terjadi pada kisah cinta Haziq dan Aleesha dan bagaimana perubahan Johan dan Dahnia setelah terpaksa untuk menjadi penyelamat terhadap dua individu yang tidak pernah dikenali mereka.  Segalanya yang teristimewa buat penonton setia TV9, XOXO pasti menggamit memori indah dan mengundang tawa anda

xoxo 11 xoxo 26 xoxo 27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *