(HIBURAN) Zack Kapcai – filem komedi aksi terbaru keluaran MIG

13682345_1056407337780425_1496360497_oMIG Pictures tampil  menayangkan  filern ke-113  terbitannya  pada minggu  kedua  hari raya. Zack  Kapcai sebuah  filem  bergenre   komedi  aksi akan  menemui  penonton  di  pawagam   pada  14 July   2016.  Filem arahan bersama Azaromi  Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini merupakan  sebuah filem yang mengandungi  elemen-elemen  komedi  dan aksi yang seimbang. Pihak Galaksi Media Online (GMO) telah dijemput untuk menghadiri satu sesi “blogger day out” bersama pihak MIG dan rakan-rakan media online yang lain bertempat di e-Curve Damansara.

_DSC0432-tileZack  Kapcai meletakkan    elemen    permotoran    sebagai    subjek   utama    namun    plot   penceritaannya     masih    lagi mengekalkan  elemen  komedi  sebagai perencah  utama dalam mencantikkan  filem ini. Elemen  permotoran dilihat tidak pernah  tenggelam  dalam  menjadi  subjek  utama tilem dan ini meyakinkan  MIG ianya mampu menjadi  trend dalam  menghasilkan  filem-filem  akan datang.  Disamping  itu, suntikan  sub-plot  yang begitu dekat dengan  masyarakat  seperti  elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih-sayang serta percintaan juga  disampaikan  dalam bentuk yang bersahaja sedikit  sebanyak  mendekatkan  filem ini dengan  realiti kehidupan  yang sebenar.

_DSC1519

Zack   Kapcai  membariskan   pelawak  tempatan  yang terkenal  sebagai  peneraju  utama  filern  ini pastinya satu bonus dalam  memberi  elemen humor yang bersahaja  dan segar.  Fad Bocey,   Shuk  SYJ dan Rahim R2  sememangnya   terkenal   dalam  dunia   lawak  mereka   yang  tersendiri   pastinya   akan   mencuit   hati penonton  dengan  gaya  komedi  mereka  yang tidak perlu dipertikaikan   lagi.

_DSC0861-horzTurut  sama  menjayakan fielm ini adalah  Epy  Kodiang,   Shahfiez   yang terkenal  sebagai  “stunt  man” dalam  dunia  permotoran  dan juga Serina Redzuawan    yang  kini  mula  membuat  “comeback”   di dalam  dunia  lakonan.  Zack  Kapcai  turut memberi   peluang kepada  heroin yang mula meningkat  naik iaitu   Julia  Marin    sebagai   salah   seorang peneraju utama filem ini.

Untuk perkembangan   terkini  penerbitan  MIG, antara filem yang bakal  muncul  pada penghujung  tahun ini adalah  Volkswagen  Kuning (22 September), Dorm  Melati  dan  Hospital.

SINOPSIS

Sebuah  filem yang mengisahkan  tentang  lACK   (Fad  Bocey)  yang sangat  suka berlumba  motor.  Namun, minat  lack   ini ditentang  keras  oleh  ibunya,  MINAH  (Serina   Redzuawan).    Ini kerana  suami  Minah  iaitu ayah  kandung   Zack  juga  merupakan   Raja  Kapcai   suatu  masa  dahulu.  Kerana  gelaran   Raja  Kapcai itulah, rumahtangga  Minah dan RUDY berkecai.

_DSC0128-tile

Selepas   memenangi   Oistina,   motosikal   kesayangan    milik   ROY  (Shuk   SYJ),   Zack     dan   Roy   yang dahulunya  kawan  baik,  langsung  jadi musuh.  Sementara  itu, Minah  sudah  tak tahan  lagi dengan  aktiviti berlumba   Zack.    Dia  memarahi   Zack    dengan  sangat   teruk  sehingga   Zack    insaf  dan  berjanji   takkan merempit  dan  berlumba   lagi.  Namun,   segalanya   berubah  apabila   Zack   terjumpa   poster  lama  RUDY (Rahim  Sepahtu)  dan Minah dengan  kapsyen  “Raja  Kapcai  Akhiri   Zaman  Bujang”.   Zack  jadi  teruja bila mengetahui  bahawa  bapanya  sendiri adalah  Raja  Kapcai.  Zack   nekad  untuk  menjejaki   ayah  dan  adik  kandungnya  yang telah lama terpisah.

Dalam masa yang sama,  Roy yang  sudah  gila bayang  merindui  Oistina  dan terus  mencuri  motosikal  dari Zack.   Zack   berasa  kecewa  bagaimana  dia hendak  mencari  ayah dan adiknya  tanpa  kenderaan.  Semasa inilah Minah mengeluarkan   motosikal lagenda   Raja Kapcai yang selama  ini disorokkannya.  Zack  semakin teruja dan bersemangat  untuk meneruskan  misinya.

_DSC0512-horz

Di  pertengahan   jalan,   Zack    bertembung    dengan   Roy   yang  juga   ingin   ke   Kuala   Lumpur.   Mereka mengenang  kembali  persahabatan  lama  mereka  lalu berbaik  semula.  Rudy  dan  TASHA  (Julia   Marin) pula menjalani  hidup yang sederhana  di bandar.  Tasha  berkawan  dengan WAN  (Shahfiez   Rempit)  serta gang beliau, samseng  besar di kawasan  mereka. Apabila  Wan  membelasah  Rudy pada satu  malam.  Tasha mengamuk  dan  marahkan  Wan.  Wan  yang  sakit  hati  terus  bertindak  ingin  memperkosa   Tasha.  Tasha berusaha  melarikan  diri dan  bersembunyi   di rumah  sewa  Roy dan  Zack.  Perkenalan  yang  terjadi  tanpa diduga   itu  membuahkah    rasa  cinta  di  hati  Roy.  Esoknya,   Roy  menghantar   Tasha   balik  dan  Zack meneruskan  misinya  mencari  Rudy dan Tasha.

Apakah  kesudahannya?  Tonton filem Zack   Kapcai  di  pawagam   berdekatan dengan anda

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *