(HIBURAN) Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal disatukan pada 11 Disember 2013

Spread the love

1D3_1002gmo

Pasangan selebriti popular, Zain Saidin (29) dan Rozita Che Wan (40) memilih tarikh keramat 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami & isteri. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013 manakala majlis akad nikah akan diadakan pada 11 Disember di Gazebo Setia City Convention Centre diikuti dengan majlis persandingan pada 13 Disember 2013 bertempat di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre.

1D3_0825gmo

Rozita Che Wan bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300. Bercakap di majlis sidang media walimatulurus perkahwinan mereka di Setia City Convention Centre, pasangan ini menjelaskan bahawa segala persiapan sedang dalam peringkat terakhir dan mereka tidak sabar untuk menanti hari tersebut. Di majlis itu juga, pasangan tersebut telah mengumumkan senarai 28 penaja yang bakal menaja majlis perkahwinan tersebut dimana Habib Jewels turut menaja pasangan tersebut dengan barang kemas bernilai RM10 juta untuk majlis berinai, nikah dan resepsi. Penajaan itu menjadikan nilai keseluruhan majlis perkahwinan Rozita dan Zain berjumlah RM13 juta manakala Astro menjadi penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan pasangan tersebut melalui 3 episod siaran melalui saluran 104 maya HD .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *