(HIBURAN) “Zombie Kilang Biskut” karya terbaru Mamat Khalid

Spread the love

Poster_zombie kilang biskut (1)cropgmo

Pengarah filem Mamat Khalid kembali dengan karya terbaru beliau “Zombi Kilang Biskut”. Sentuhan terbaru beliau ini merupakan terbitan di bawah syarikat produksi milik beliau sendiri  Enjit Semut Sdn. Bhd.  Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta ini membariskan pelakon seperti Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Eina Azman, Adam AF, Man Kadir, Delimawati, Soffi Jikan dan Dayana Roza. Kampung Pisang di daerah Kuala Kangsar, Perak sekali lagi menjadi pilihan pengarah terkenal tersebut sebagai latar cerita dalam filem terbarunya ini. “Zombi Kilang Biskut” akan ditayangkan di pawagam pada 20 Mac di 88 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

zombi biskutsmall

Sinopsis filem Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.

Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi.

Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menangkap ketua kumpulan pengedar dadah itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *