(HIBURAN) Konsert “Pesona Aidilfitri” Orkestra RTM

Orkestra RTM dengan bangganya membawakan konsert yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti. “Pesona Aidilfitri”, konsert yang bertemakan tiga diva RTM ini menggabungkan persembahan dari tiga penyanyi wanita ternama yang lahir dari rancangan RTM iaitu Dayang Nurfaizah (Golden Teen Search 1997) , Misha Omar (Bintang RTM 2001) dan Alyah (Bintang HMI 2000) sebagai penyanyi utama selain mengundang “junior” Bintang RTM , Aisha Safia dan Roaini yang merupakan Juara dan Finalis Bintang RTM 2012. Konsert ini berlangsung selama satu setengah jam dan diiringi oleh 39 pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan , Luqman Aziz dengan memainkan 18 buah lagu-lagu raya malar segar selain memainkan lagu-lagu “single” terbaru Alyah, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Selamat Hari Raya (Fazidah Joned), Selamat Hari Raya (Biduanita Pn Sri Saloma), Pulanglah (Aishah), Hari Mulia (Sheila Majid), Hari Raya Bahagia (Jay Jay) dan banyak lagi. Konsert “Pesona Aidilfitri” ini diterbitkan oleh Rashidah Ali dan Orkestra RTM ini bakal ditayangkan pada Hari Raya Keempat (22 Ogos 2012) , pada hari Rabu , jam 9.00 malam hingga jam 10.30 malam di Saluran RTM TV1.

sumber gambar : google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *