(HIBURAN) Majlis Pra-Tonton filem Hoore ! Hoore !

Majlis Pra Tonton filem Hoore ! Hoore ! telah berlangsung dgn jayanya di KLCC pd 15 May 2012. Filem yang menampilkan bintang AF7 Akim dan pendatang baru Nurfarah Nazirah dan Kilafairy ini akan di tayangkan pd 24 May 2012 di seluruh negara. Pada pendapat penulis, filem ini cukup rempahnya walaupun pengakhiran cerita boleh diagak. Jika tgk pada tajuknya, mungkin penonton akan menjangka filem ini membosankan, tetapi pengarah Saw Teong Hin mengarap cerita ini dgn jayanya sambil ia diadunkan dgn koleksi lagu Sudirman serta dibantu dgn para pelakon senior spt Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor , Aznil dan juga Fauziah Nawi. Keberanian pengarah memperjudikan bakat pelakon baru juga amat dipuji. Dengan hati yg ikhlas penulis memberi rating 4/5 bintang utk filem ini. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ia mempunyai elemen2 suka, duka dan kelakar. Terima kasih pihak Astro Shaw kerana sudi menjemput penulis.
Sempena sambutan kempen AKU SUDIRMAN, pihak Astro telah berbesar hati melaksanakan program-program seperti :
  1. Pertandingan Karaoke Hoore Hoore
  2. Program lagu Sudirman 24 jam di Sudirman FM (Sinar FM)
  3. Konsert Terbuka Kenangan Sudirman
Semua maklumat ini boleh didapati dalam:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *