(HIBURAN) MARATHON AKSI BLOCKBUSTER TERHEBAT DI TV9

Tahun 2013 bakal tiba dan selamat tinggal 2012! Kami di TV9 berasa amat bertuah kerana mempunyai penonton setia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Sebagai tanda penghargaan, kami akan menyiarkan empat filem aksi blockbuster terhebat secara marathon, bermula 17 Disember, bermula dengan Transporter, The Pacifier, Taken dan The Expendable. Filem-filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon hebat antarabangsa seperti Sylvester Stallone, Jason Statham, Dolph Lundgren, Jet Li, Robert Knepper, Vin Diesel, Faith Ford, Liam Neeson dan Maggie Grace. Read more →

(HIBURAN) Vokal 2 – Yus & Uchop Sertai Nadeera dan Mar Ke Pusingan Separuh Akhir

Shah Alam, 13 Disember 2012 –  Minggu lalu menyaksikan Nadeera dan Mar melangkah maju ke pusingan seterusnya. Nampaknya kini tumpuan semua akan beralih pula kepada empat finalis lelaki yang terdiri daripada Yus, Abang, Uchop dan Adli berusaha keras untuk memastikan mereka bukanlah finalis yang bakal menduduki tangga paling bawah sekaligus menamatkan perjuangan di pentas VOKAL 2. Namun hanya dua finalis lelaki yang berjaya meraih markah dan undian yang tinggi daripada para juri dan peminat dapat melayakkan diri untuk menyertai Nadeera dan Mar ke pusingan separuh akhir. Read more →

(HIBURAN) ANUAR ZAIN – Tiga Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari

Anuar Zain bakal meraikan ulang tahunnya selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia melalui konsert mega pertama beliau di Stadium Putra, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari. Mengambil judul Tiga Dekad Muzik, Cinta dan SanubariAnuar Zain akan menyampaikan sendiri barisan lagu beliau tanpa jemputan istimewa mana mana artis tempatan. Istimewanya pada malam konsert nanti, Anuar Zain bakal secara eksklusif  mempertontonkan muzik video ‘Sempurnakan Aku’ yang merupakan kesinambungan lagu Ajari Aku. Video muzik di Youtube itu kini telah mencapai lebih 93,000 hits. Lebih menggembirakan, single Ajari Aku telah berjaya menempatkan dirinya di carta radio tempatan. Read more →

(SUKAN) “VIEWING PARTY” THAILAND LAWAN MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA (AFF) 2012

Seperti sedia maklum, Harimau Malaya gagal ke peringkat akhir di kejohanan bolasepak AFF 2012, namun begitu sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi menjurus kepada penganjuran “viewing party’ oleh pihak Tv3 dan TM.  Sempena kempen ‘Kami Team Malaysia’ kerjasama antara TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM), “Viewing Party” Thailand lawan Malaysia telah diadakan di Restoran RASTA, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menampilkan artis popular tanah air, antaranya, Shah Iskandar, Izzue Islam, Fezrul Khan, Alex Yanz, Zalif Sidek, Nad Zainal dan Eina Azman. Read more →

(SEMASA) PELANCARAN PROGRAM BARU TV3 ‘APA KHABAR ORANG KAMPUNG’

Susulan daripada program Kampung Kita, sekali lagi TV3 bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi program travelogue ‘Apa Khabar Orang Kampung’. Program yang dihoskan oleh Azwaliza Azman akan menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan. Majlis pelancaran program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Program 30 minit ini akan bersiaran selama 13 episod ini bermula 21 Disember 2012, setiap Jumaat jam 6 petang di TV3. Read more →