(HIBURAN) Pelancaran Filem “Bikers Kental”

IMG_1860

Bertempat diperkarangan majlis KL Bike Week 2012, telah berlangsungnya majlis pelancaran filem terbaru arahan sutradara Helmi Yusof yang merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios. Filem yang mengenai pengembaraan konvoi motorsikal berkuasa besar ke Thailand ini merupakan satu cetusan idea pengarah yang memang meminati motor berkuasa besar. Pengambaran filem ini juga berbentuk kembara kerana ia dilakukan sepanjang perjalanan ke Krabi Thailand. Saudara Helmi Yusof selaku pengarah filem ini menjelaskan kepada pihak media bahawa banyak cabaran yang mereka lalui sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini disebabkan beberapa faktor seperti kerosakan motorsikal, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Antara pengalaman melucukan , Helmi menambah pihak produksi dimarahi oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran tersebut. Bercakap mengenai kos sepenuhnya dan pemilihan pelakon filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan kos penerbitan filem ini mencecah RM1.7  Juta dan pemilihan pelakon adalah persetujuan bersama Tayangan Unggul dan Helmi berdasarkan kriteria yang diperlukan. Read more →

(HIBURAN) Yo Yo Honey Singh mengegar KL Live

IMG_2002smallgmo

Honey Singh (juga dikenali sebagai Yo! Yo! Honey Singh) adalah rapper Punjabi, penerbit, penyanyi dan pelakon filem. Beliau bermula sebagai artis rakaman dan menjadi penerbit lagu Bhangra. Beliau juga telah mula menghasilkan muzik untuk filem-filem Bollywood dan kini menjadi artis tertinggi dibayar di dalam muzik India. Read more →

(HIBURAN) Slot Zehra Terbaru di TV3 Drama Berjudul ‘Hanya Padamu’

Hanya Padamu (11)

“Cinta Hadir Tanpa Diduga…”

Petaling Jaya, 21 Disember 2012 – Menyusuli drama ‘Runtun Qalbu’ di slot Zehra, sebuah drama siri 13 episod berjudul ‘Hanya Padamu’ menampilkan tonggak utama, Zahiril Adzim, Beto Kusyairy dan Nazeera Sardi, dibantu oleh Emelda Rosmila dan Khayrisyah Kemal. ‘Hanya Padamu’ yang diterbitkan oleh produksi Filmscape Sdn. Bhd. bakal ditayangkan bermula 28 Disember ini, pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Read more →

(HIBURAN) Mar & Uchop ke pusingan akhir VOKAL 2

Nadeera dan Yus tersingkir

NADEERA & YUS TERSINGKIR!

Shah Alam, 20 Disember 2012 –  Debaran semakin memuncak dan bahang kehangatan VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim ke-2 terus membara selepas pengumuman Marlleynney Fane J. L Paul (Mar) dan Mohmad Yusof Ahmad (Uchop) yang melayakkan diri ke pusingan akhir dimana Farah Nadeera Zaini (Nadeera),dan Yusoff Md Shah (Yus) terpaksa akur dan meninggalkan pentas VOKAL 2. Read more →

(HIBURAN) PADAT DENGAN AKSI DAN GELAK TAWA AKHIR TAHUN INI DI TV3

tv3small

Petaling Jaya, 20 Disember 2012 – Buat penonton setia saluran nombor satu negara, stesen TV3 bakal menyajikan program-program terbaik istimewa sempena hujung tahun dan tahun baru yang akan menjelang bermula 25 Disember ini sehingga 1 Januari hadapan. Read more →