(HIBURAN) Rock The World 12 terbaik…..

MERE8167

KUALA LUMPUR, 29 DIS 2012: Konsert Rock The World 12 anjuran Fat Boys Record yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur telah berjaya menarik dan memukau ribuan anak muda yang mencintai muzik. Konsert yang bermula sekitar jam 10 pagi itu dianggap berjaya walaupun keadaan becak disekitar pentas dan ia tidak menjadi batu penghalang kepada peminat-peminat setia. Rock The World 12 kali ini mempersembahkan 45 artis melalui 3 buah pentas iaitu Pentas Utama, Pentas Noisy dan Pentas Pop Indie. Read more →

(HIBURAN) Filem “END OF WATCH”

End-of-Watch-2012

 

Dua polis muda, Taylor (Jake Gyllenhaal) dan Zavala (Michael Pena), bertugas sebagai polis patrol sepanjang jalan di Los Angeles. Suatu hari, mereka telah menyita sejumlah wang dan senjata api milik penjahat terkenal. Kedua-dua polis tersebut akhirnya menjadi sasaran utama penjahat. Sebuah kisah tentang persahabatan, cinta, dan kehormatan, risiko pekerjaan yang harus mereka bayar dengan nyawa. Read more →

(SEMASA) Majlis penyerahan cek sumbangan “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad”

IMG_2410

Majlis penyerahan cek sumbangan “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad” bernilai RM 1 Juta kepada MERCY Gaza Relief Fund yang diwakili oleh Dato Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus selaku Presiden MERCY Malaysia. Read more →

(HIBURAN) Drama Bersiri Terbaru Slot Azalea di TV3: Debunga Lalang

pagedebunga lalang

“AKU TETAP TABAH MENGHARUNGI LIKU HIDUP WALAU DIBENCI OLEH IBU SENDIRI…”

Petaling Jaya, 27 Disember 2012 – Sebuah lagi karya terbaru sutradara Azma Aizal Yusoof dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar bakal mengisi slot Azalea menerusi drama rantaian 20 episod berjudul “Debunga Lalang”. Mula disiarkan pada 2 Januari 2013, “Debunga Lalang” terbitan Asia Media Content (AMC) menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat. Read more →

(HIBURAN) HALA TUJU BARU ntv7

NTV7small

2013 bawa definisi baru kepada Saluran Ceria Anda – Sasaran tersendiri dan lebih komprehensif

Siapa menyangka Saluran Ceria Anda, ntv7 kini mencecah usia 15 tahun pada tahun 2013. Selama 15 tahun jugalah saluran itu telah cuba sedaya upaya menghasilkan kandungan-kandungan bermutu dan cuba menarik perhatian lebih ramai penonton saban tahun. Seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang bakal tiba, ntv7 mengatur percaturan dengan memperkuat kedudukannya sebagai antara peneraju utama rangkaian televisyen serta menawarkan rancangan berkualiti yang bakal menarik seisi keluarga untuk setia menonton rancangan-rancangannya tanpa jemu. Read more →