(HIBURAN) FIRA AYUNI – MUSUH DAN DENDAM KERANA CINTA

Spread the love

logoFIRAAYUNI1small

Terbaru di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod terbitan Temenggong Pictures, ‘Fira Ayuni’ bakal menemui penonton bermula 24 September 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Isma Aizal Yusoff dan nukilan skrip oleh Siti Soleha Abdul Ghani ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana, Dato’ Eizlan Yusoff, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →


Spread the love

(SEMASA) Eksklusif Bersama Anuar Zain

Spread the love

IMG_9930

Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar Park, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis sidang media majlis makan Malam Jalinan Mesra  yang bakal dianjurkan oleh Kelab Sukan dan kebajikan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB). Majlis makan malam eksklusif Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2013 ( Sabtu ) bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Read more →


Spread the love

(SEMASA) ZON CERIA KEMBALI UNTUK BELANJA PENDENGAR SETIA!

Spread the love

IMG_9913gmo 700

Jika awal tahun dahulu kami telah menerjah ke restoran-restoran dan belanja anda makan, kali ini bersesuaian dengan kempen Suria Bayarkan di Suria FM, Zon Ceria kembali dengan skala yang lebih besar dan sudah pastinya lebih lazat untuk menghargai para pendengar kami. Istimewanya kali ini, kami akan ke tiga lokasi untuk mengumpul semua pendengar setia Suria FM dan belanja anda makan. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) KONSERT PELANGI UNTUK MU – NING BAIZURA DI TUNDA KE 16HB. NOVEMBER

Spread the love

ning1crop

Kuala Lumpur, 15 September 2013 – Konsert yang paling dinantikan, “Konsert Pelangi Untukmu’ dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Sani Meninggalkan AF 2013

Spread the love

IMG_9888gmo

Sani atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat yang berasal dari Singapura menjadi peserta pertama yang tersingkir pada program realiti Akademi Fantasia 2013. Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang. Keputusan tersebut diumumkan oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Faizal Tahir. Program yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya ini merupakan episod pertama untuk program yang membuat kemunculan kembali setelah lama direhatkan. Dalam pada itu, peserta duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus. Read more →


Spread the love