(SEMASA) ‘Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’ batu loncatan buat peniaga baru

Spread the love

DSCN4270

Kecelaruan berkenaan konsep ‘Car Boot Sales’ antara pemangkin kepada semangat Mohd Nazim Hj Badruddin atau di kenali sebagai Gigs oleh rakan-rakan rapat, untuk mewujudkan sebuah tempat bagi ‘car boot sales’ yang sebenar. Dengan sokongan moral rakan-rakan, beliau telah mewujudkan satu platform di Kota Damansara yang dikenali sebagai ‘Car Boot Sale at Bistari De’ Kota’ bertempat di Bistari De’ Kota, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara. Caranya cukup mudah, buka bonet kereta dan pamerkan barang jualan. Barang yang dibenarkan untuk jualan hanyalah barang terpakai. Barangan baru, makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali. Manakala sewa tapak amat murah, hanya RM10 sahaj untuk satu parking lot. Bayaran inilah yang akan digunakan untuk belanja mengurus, membuat banner, flyers dan urusan promosi lain. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) ‘Dahil May Isang Ikaw’ (Destined Hearts) Jerat Antara Cinta & Budi

Spread the love

Telenovela Dahil May Isang Ikaw (7)

Menyusul selepas ‘Dangerous Love’ yang berakhir hari ini, sebuah lagi drama telenovela dari Filipina iaitu ‘Dahil May Isang Ikaw’ (Destined Hearts) yang menampilkan pelakon popular seperti Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Gabby Concepcion, Lorna Tolentino, Chin Chin Gutierrez, John Estrada, Karylle dan Sid Lucero, bermula esok (2 Julai).  ‘Dahil May Isang Ikaw’ yang diarahkan oleh dua sutradara iaitu Jerry Lopez Sineneng dan Rechie Del Carmen ini mengisahkan tentang Tessa Ramirez, seorang peguam yang prihatin dan sangat dihormati, dia telah memenangi setiap kes yang dibicarakan khususnya melibatkan penderaan kanak-kanak. Bagaimanapun, cabaran sebenar Tessa ialah pencarian anak perempuannya yang hilang. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Nick Cheung dan Crystal Lee tuai kejayaan dalam filem UNBEATABLE

Spread the love

IMG_6297

RAM Entertainment telah menerbangkan salah satu pelakon utama filem UNBEATABLE iaitu Nick Cheung. Filem yang membariskan beberapa pelakon hebat antaranya Eddie Peng , Andy On dan Crystal Lee bakal ditayangkan pada 22 Ogos 2013. Filem yang diarahkan oleh Dante Lam ini diterbitkan oleh Bona Films mengisahkan tentang Fa (Nick Cheung) yang merupakan bekas juara tinju yang memberi tunjuk ajar kepada seorang pengamal seni pertempuran campuran (Mix Martial Art – MMA) bernama Qi (Eddie Peng ) yang mana Qi akan membuat penampilan pertamanya di MMA dan bakal bertemu dengan Lee-Yuang Heng iaitu seorang peninju hebat dan ganas. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Konsert Akhir BMB Cecah 5 Juta Penonton

Spread the love

Logo BMB akhirsmall

Tahniah diucapkan kepada Achey (Mohd.Nasir Hamzah), anak didik kepada Harun Salim Bachik yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Bintang Mencari Bintang (BMB) pada malam Ahad (23 Jun) yang lepas. Lebih teruja, kemuncak BMB berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan BMB Akhir telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Alvin Anthons hadir dengan “Sally”

Spread the love

IMG_5840gmo

Alvin Anthons yang merupakan anak didik komposer terkenal iaitu Ajai hadir dengan single kedua ciptaan komposer tersebut iaitu ” Sally”. Lagu ini merupakan single kedua selepas lagu single pertama beliau yang bertajuk ” Berdua “. Pihak pengurusan beliau Wake The Baby telah menjemput pihak media untuk sesi santai petang bersama penyanyi ini di Sri Suria Curry House. Restoran yang menghidangkan makanan masakan kaum india ini mendapat inspirasi dari masakan ibu Alvin sendiri dan lokasinya terletak di PJ21 SS3/39 Kelana Jaya.

Read more →


Spread the love