(SEMASA) PELAYARAN ISLAMIK : PERINTIS PELAYARAN ISLAMIK DI DUNIA ( 1st ISLAMIC CRUISE IN THE WORLD) – SIRI PELAYARAN SIMFONI CINTA ILLAHI 22..0, 23.0 dan 24.0

Spread the love

Sebagai Pencetus dan perintis bagi Pelayaran Islamik di Dunia (1st Islamic Cruise In The World)sudah tercatat dalam rekod baru dunia pelayaran yang berunsurkan keagamaan diadakan di atas Kapal Mewah.
Ia Pelayaran Islamik Pertama yang telah diadakan pada 24-27hb Ogos 2014 yang lalu dari Pulau Pinang – Langkawi – Phuket dengan jumlah penyertaan seramai 788 peserta, dan kini 24 Pelayaran telah dilancarkan.

PELAYARAN ISLAMIK adalah merupakan Percutian Santai di dalam Kapal Mewah dengan memastikan Halalan Toiyiban tanpa kompromi dan penambahan aktiviti-aktiviti bermanfaat di waktu-waktu santai tanpa paksaan disamping menikmati kemewahan fasiliti & makanan serta pemandangan menakjubkan sepanjang pelayaran.

Sehingga kini Pelayaran 1.0 hingga Pelayaran 21.0 telah melibatkan 78 Asatizah, 2,609 Kabin dan 5,232 Peserta dari seluruh Malaysia serta penglibatan peserta-peserta dari Singapura, Brunei & Indonesia.

Sejak Pelayaran 1.0 hingga Pelayaran 21.0, PELAYARAN ISLAMIK telah melakukan sejumlah 50,679.44 km perjalanan pergi dan balik.

Malah, PELAYARAN ISLAMIK telah menjana Ekonomi Perbelanjaan Membeli Belah bagi semua Peserta sejumlah RM 2,571,000.00.

Sejak Pelayaran 1.0 hingga Pelayaran 21.0, PELAYARAN ISLAMIK telah membuat Jualan Tiket secara kasar berjumlah RM 11,890,229.00.

PELAYARAN ISLAMIK  juga bertujuan untuk melakukan kebajikan.
Sejak Pelayaran 1.0 hingga Pelayaran 21.0, PELAYARAN ISLAMIK telah menyumbang lebih dari RM 585,000.00 kepada pelbagai saluraniaitu tempat yang dituju, Tahfiz dan Rumah Anak-anak Yatim di Malaysia serta Tabung Kebajikan Pendidikan Jamiyah Singapura bagi setiap penyertaan rakyat negara terbabit.

Penganjur juga turut mengedarkan Sejadah Eksklusif (khusus hanya buat peserta), Tasbih & Kompas Qiblat sejumlah 5,232 unit bagi setiap set.

Pelayaran 22.0, 23.0 & 24.0 adalah pertama kali melibatkan Selebriti Nasyid Terkenal Tanahair dalam bentuk Pelayaran.

Dengan kreativiti terbaru, penganjur bakal menampilkan konsep Forum Bermuzikal Terapung Pertama di Malaysia (atau mungkin Pertama di Dunia).

Penganjur  juga menampilkan Mini Konsert Islamik Terapung semasa Makan Malam Gala Pelayaran 22.0, 23.0 & 24.0 berdestinasikan Pulau Pinang – Phuket – Krabi melibatkan jumlah perjalanan sejauh 1048.24km pergi dan balik serta merekodkan 66 jam tempoh berlayar selama 4 hari 3 malam.

Bagi memudahkan interaktif kami mempunyai laman sesawang yang amat mesra pengguna iaitu www.pelayaranislamik.com

Para pelanggan boleh melihat baki Kabin bagi setiap Pelayaran dengan ‘real time’ serta boleh mendaftar dan membayar secara online(semua Bank-bank ternama Malaysia) atau kad kredit (Paypal). Hanya di hujung jari.

Lebih menarik, setiap pendaftaran dan pembayaran, pelanggan akan menerima mesej sms notifikasi disamping sistem akan menghantar email e-ticket dan jadual acara sebaik pembayaran penuh dilakukan.

Ini bagi menambah keyakinan Pelanggan semasa berurusan dengan Website penganjur.

Program ini  juga mendapat sokongan lebih 50 Agensi Pelancongan seluruh Malaysia yang bernaung dibawah BUMITRA Malaysia, dimana para pelanggan boleh membeli pakej-pakej Pelayaran Islamik melalui mereka di seluruh negara.

Program ini juga mempunyai wakil jualan di Nusantara iaitu di Singapura, Indonesia dan Brunei Darul Salam.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *