PULANG – FILEM EPIK YANG DIILHAMKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR

PETALING JAYA, 2018 – PULANG, filem epik arahan Kabir Bhatia dan terbitan Primeworks Studios , telah ditayangkan kepada para tetamu jemputan dan rakan media pada Malam Tayangan Perdana, hari ini yang bertempat di GSC, Pavilion Kuala Lumpur. PULANG – sebuah filem berskala besar dengan bajet RM6 juta adalah filem terbesar Primeworks Studios dan bakal menemui penonton di pawagam mulai 26 Julai 2018.

PULANG adalah sebuah kisah duka seorang lelaki dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka), yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta. Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza, termasuklah di Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang merentasi 3 generasi keluarga. PULANG sebuah karya agung Kabir Bhatia yang dizahirkan dengan sinematografi & arahan seni yang sangat mengagumkan.

Penghasilan filem ini terutamanya untuk Kesan Khas Visual memakan masa hampir 2 tahun, namun ianya telah berjaya direalisasikan dengan visual imej janaan computer (CGI) yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada FINAS sebanyak RM2 juta. Filem ini juga membawa lebih 500 pelakon tambahan. Filem PULANG bukan hanya dari segi skala dan bajet tapi ianya juga merupakan filem Malaysia pertama yang mempamerkan sejarah kelasi di Malaysia. Idea asal filem ini adalah untuk menceritakan kisah kelasi zaman Tanah Melayu mengelilingi dunia yang semakin hanyut ditelan zaman namun Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berharap agar filem PULANG dapat meraih perhatian dari seluruh negara serta luar negara.

Filem ini juga menampilkan barisan pelakon veteran yang hebat, yang perpengalaman, juga pelakon baru. Pemenang Pelakon Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin yang ke-15 dan ke-21) Remy Ishak sebagai Othman, Puteri Aishah sebagai Thom, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans, Sherry Al Jeffry & ramai lagi. Para pelakon juga, turut menghadiri kelas lakonan dari Puan Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing.

Filem ini merupakan filem pertama Puteri Aishah ke layar lebar, sementara bagi Remy Ishak pula, ianya merupanya kali ketiga gandingan beliau dengan pengarah tersohor Kabir Bhatia yang sebelumnya pernah di bawah pengarahan sutradara itu dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) dan Sembunyi: Amukan Azazil (2013).

Buat julung kalinya skor filem ini adalah sebuah karya daripada komposer and penerbit terkenal tanah air, Aubrey Suwito yang berasal dari Melaka. Lagu tema berjudul ‘Layarlah Kembali’ adalah sebuah karya agung Aubrey sendiri yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan ditulis oleh Ad Samad.  Album runut bunyi filem PULANG telah dilancarkan semalam dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music Deezer, Joox & KKBox. Ia juga boleh dimuat turun di iTunes

Novel PULANG diterbitkan oleh Penerbitan KaryaSeni dan ditulis oleh Lily Haslina Nasir yang telah berada dipasaran sejak bulan Mei. Peminat dan pembaca yang membeli novel ini akan memperoleh kisah yang lebih mendalam tentang hubungan cinta Omar dan Thom. Novel PULANG boleh didapati di semua kedai buku berhampiran anda atau secara atas talian di www.lazada.com.my dan juga melalui aplikasi Karyaseni di Google Play dan App Store.

PULANG bakal berlayar untuk siaran di seluruh negara mulai 26 Julai 2018. Untuk maklumat terbaru mengenai PULANG, layari www.facebook.com/pulangthemovie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *