(SEMASA) 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® – PENGERTIAN BARU MATA YANG SIHAT DAN MENAWAN

4) 1 Day ACUVUE DEFINE with LACREON brand advocate with team

Dari era Cleopatra ke wanita moden masa kini, usaha mencari menaikkan seri salah satu dari ciri penampilan kita yang paling penting tidak pernah pudar. Akhirnya, dengan kecanggihan teknologi moden,wanita hari ini dapat memiliki mata yang berkilauan dan menawan dengan beberapa langkah yang mudah.

 3)JoJo Goh Brand Advocate for 1 Day ACUVUE DEFINE with LACREON

Suatu ketika dahulu, kaum wanita hanya bergantung kepada mekap, tetapi kini mereka mampu menyerlahkan kecantikan mata dengan cara baru, selamat dan semulajadi. Disamping itu, untuk mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sosial, mereka kini boleh memilih kanta lekap yang menawarkan kesan terbaik tanpa masalah.

Memperkenalkan1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® baru, kanta kecantikan inovatif sihat yang mampu menyerikan mata wanita sepanjang hari. Teknologi eksklusif ACUVUE® iaitu LACREON® yang berpaten menerapkan agen pelembab terus ke dalam fabric kanta yang berteknologi tinggi, menggunakan Etafilcon A, untuk memberikan perlindungan kelembapan yang bertahan sehingga 20 jam untuk keselesaan sepanjang hari.

Ia merupakan cara yang mudah untuk meningkatkan sinaran segar dan warna kepada mata wanita sambil menyerlahkan ciri paling menarik seseorang wanita dengan serta merta!

Duta tempatan jenama 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON®, artis Malaysia JoJo Goh berkata, “Saya sememangnya peminat kanta lekap jenama ACUVUE®dan telah lama menggunakannya kerana ia memudahkan saya dalam kerjaya saya. Apabila penggambaran berlanjutan selama berjam-jam dalam studio berhawa dingin atau lokasi luar yang panas, ia adalah sukar untuk mengekalkan keadaan mata yang terang dan berkilau sepanjang hari. Selain itu touch-up yang kerap dan lampu limpah yang terlalu terang juga memberi tekanan kepada mata saya, oleh itu saya sungguh gembira kerana 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ kini mengandungi LACREON®. Kesan pelembabnya sungguh selesa untuk penggunaan sepanjang hari dan mata saya kelihatan sentiasa segar dan bertenaga walaupun saya keletihan. Kini, 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® ialah keperluan kecantikan seharian saya kerana ia memberikan kilauan mata yang menawan dengan serta merta walaupun tanpa mekap.”

Untuk kesan yang lebih semulajadi, kanta ini direka menggunakan corak canggih yang diilhamkan oleh iris mata semulajadi; ini memberikan kejelasan yang lebih mendalam,meningkatkan definisi mata dan pada masa yang sama kepelbagaian lut cahayanya menjadikan mata lebih bersinar secara semulajadi.

1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON®salah satu kanta lekap paling nipis dipasaran juga menggunakan teknologi unik Beauty-Wrapped-In-Comfort ™ (BWIC™),dimana warna ditanam antara dua lapisan lutsinar kanta nipis yang diperbuat dari Etafilcon A bagi menghalang pigmen dari bersentuhan dengan mata.  Teknologi ini bertepatan dengan falsafah Johnson & Johnson iaitu untuk mempromosi kesihatan mata untuk semua.

1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON®membawakan kecantikan semulajadi ke satu tahap baru. Kini, setiap wanita mempunyai cara yang baru dan lebih baik untuk meningkatkan lag ipenampilan mereka dengan begitu mudah sekali,” kata Stuart Crabb, Pengarah Negara, Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia. “Dengan menjadikan ia rutin kecantikan harian, mereka lebih yakin menghadapi sebarang rintangan samada menghadiri mesyuarat atau perjumpaan penting selepas waktu kerja.

 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® juga ialah satu-satunya jenama kanta lekap yang mempunyai pengiktirafan perlindungan UV berstandad antarabangsa untuk menghalang sinar UV yang boleh mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang terhadap mata. Dengan teknologi berpaten untuk membekalkan kelembapan dan oksigen yang tiada bandingan, 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® memberikan kaum wanita mata yang menawan, berkilau serta kelihatan lebih muda, sama seperti penjagaan kecantikan harian untuk kulit.”

1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON®baru ialah kanta lekap pakai buang harian yang didapati dalam Natural Shine™ dengan gelang limbal kelabu gelap dan kilauan emas; Accent Style dengan gelang limbal hitam; dan Vivid Style dengan gelang limbal coklat. Dapatkan maklumat lanjut tentang kanta lekap 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan

LACREON® dari pakar optometrist ACUVUE® yang bertauliah atau layari www.acuvue.com.my atau www.facebook.com/AcuvueMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *