(SEMASA) 78% PEMILIK BISNES BERISIKO UNTUK “GULUNG TIKAR” JIKA TIDAK ONLlNEKAN BISNES PADA 2017

Spread the love

KUALA LUMPUR: Dunia internet kini tiada batasan yang boleh dimanfaat namun malangnya hampir 80 peratus pemilik bisnes tidak memanfaatkan sepenuhnya teknologi hari ini terutama platform Facebook untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Angka ini ditemui oleh pasukan SifuFBads Sdn Bhd selepas kajian dilakukan sepanjang tempoh 2015 hingga 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon. pelbagai peluang muncul di dalam bisnes intemet dan menjanjikan pulangan yang besar sekiranya bijak menggunakan kemudahan teknologi sekarang.

“Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan.

UAlhamduliliah.setakat ini kami di SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti De’Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan banyak lagi. Mereka juga seperti kebanyakan usahawan lain yang bermula dari kecil sehingga menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet,” kata Mohd Effandy di dalam sidang media Siri Jelajah SifuFBads 2017, hari ini.

“Sin Jelajah FBads 2017 antara usaha karni untuk menyampai di sam ping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada seramai mungkin mereka yang berada di luar Kuala Lumpur seperti mana di Johor Bahru pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu.

“Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sarnbutan itu, nampaknya kami terpaksa mempertirnbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas,” katanya.
Siri Jelajah SifuFBads 2017 akan diteruskan di Pulau Pinang pada 22 April, Kuala Lumpur (29 April), Shah Alam (6 Mei) serta Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh yang masih belum mempunyai tarikh tetap.

Setiap peserta akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk 7 Steps FB Ads For Business Owner yang ditulis sendiri oleh pihak Sifufbads. Buku ini akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya mendaftar di www.sifufbads.com/7step.

Siri jelajah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan supaya menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu kerana media sosial ini sangat bermanfaal untuk mengembangkan bisnes mereka. Pendedahan oleh pasukan SifuFBads ini adalah antara cabang ilmu terbaik untuk para usahawan.

“Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian. Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut pereda ran masa. Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sla dan sampai kepada audien sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu.

“ltrnu akan membuatkan anda yakin untuk terus berada di dalam lapangan perniagaan. Keyakinan akan membawa anda pergi lebih jauh untuk mencapai matlamat dan menguatkan lagi tindakan mengejar kejayaan. Saya yakin, anda boleh menjadi usahawan hebat dengan adanya ilmu, tindakan dan mentor yang sentiasa memberi bimbinqan,” kata Mohd Effandy.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *