(SEMASA) Aeril Zafrel Bina Masjid Baru

Spread the love

Shah Alam : Galakan daripada isteri tercinta Wawa Zainal membuatkan Aeril Zafrel terbuka hati untuk membina sebuah masjid. Cadangan tersebut diutarakan oleh isteri beliau setelah mendengar ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad mengenai tajuk “ Tiket Ke Syurga “. Saranan tersebut diutamakan walaupun niat asal pasangan tersebut adalah untuk membina mahligai baru di tanah yang telah dibeli di kawasan Bangi.
Memandangkan masjid di kampung halaman Aeril Zafril di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak using, beliau bercadang untuk menaiktaraf masjid asal tersebut menggunakan keuntungan dari penjualan produk Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya sepenuhnnya.

Pasangan tersebut ditemui media pada majlis pelancaran produk baru mereka di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam hari ini menjelaskan anggaran yang dijangka untuk pembinaan tersebut sekitar RM1.2 juta dan masjid yang berkapasiti 600 hingga 700 jemaah tersebut dirancang dibina pada awal tahun 2021.

Bagi Aeril dan Wawa, sumbangan ini bukanlah daripada kantung mereka semata-mata tetapi hasil sumbangan melalui pembelian produk dan jualan yang dikembangkan oleh rangkaian perniagaan mereka. Harapan tinggi diluahkan oleh pasangan ini dengan mengharapkan masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung setempat.

Produk pasangan ini iaitu Edisi Glam Raya didatangkan  dalam dua versi, Bukhari dan Muslim mengandungi set pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek yang dijual pada harga RM79 seunit. Produk ini dihasilkan sekitar 80 ribu unit dan tidak akan diulang pengeluarannya demi menjaga nilai esklusifnya. Berdasarkan perancangan awal, produk ini sepatutnya dilancarkan untuk promosi Hari Raya Aidiladha, namun ia tertangguh disebabkan PKP dan dianjakkan ke Hari Raya Haji. Sebagai usaha untuk meningkatkan jualan, Aeril dan Wawa merancang untuk membawa ejen-ejen yang mencapai sasaran untuk mengerjakan Umrah bergantung kepada situasi pandemik penyakit Covid-19 yang diharapkan tidak lagi berlarutan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *