(SEMASA) AirAsia X meluaskan rangkaiannya menerusi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo!

Photo 2

AirAsia X, peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, hari ini mengumumkan akan memulakan penerbangan terus 4x seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula dari 1 Oktober 2015.

Photo 1

Bersempena dengan pengumuman laluan ini, AirAsia X akan menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan. Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan melalui laman web bermula hari ini hingga 2 Ogos 2015, dan bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 201​6

Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web di airasia.com atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk mengembangkan rangkaian kami di Jepun dengan penerbangan terus ke Sapporo, Hokkaido ini! Kami berbesar hati melihat rangkaian kami bekembang dengan kukuh dan saya pasti ramai rakyat Malaysia berkongsi  kegembiraan yang sama dengan kami, kerana AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengoperasi penerbangan terus berjadual dari Kuala Lumpur ke destinasi bertaraf dunia ini!’’

“AirAsia X telah membawa lebih dari 1.5 juta tetamu antara Jepun dan Malaysia. Kami yakin laluan ini akan menarik lebih ramai pelancong Jepun dari Sapporo yang berminat untuk menerokai bandar-bandar di rantau ini.  Laluan terus ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia dan seterusnya menyambung ke pelbagai destinasi di ASEAN dan lebih jauh lagi,” tambah beliau.

Tetamu juga boleh menikmati pilihan servis penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk menyambung penerbangan melalui mana-mana hab transit Kumpulan AirAsia dengan bagasi yang didaftar masuk terus  ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Dengan pilihan perkhidmatan ini, perjalanan tetamu akan berjalan lebih lancar di antara semua Bandar-bandar Asia dan Australia, seperti daripada Indonesia (Bandung, Bali, Jakarta, Medan, Kuala Namu, Surabaya) Singapura dan Australia (Melbourne, Gold Coast, Sydney) ke Sapporo melalui Kuala Lumpur, mendekatkan Bandar indah di Utara Jepun ini.

Ahli AirAsia BIG boleh menebus penerbangan promosi dari 6,300 mata BIG dan mengumpul mata BIG dari tempahan penerbangan. Selain itu, AirAsiaGO juga menawarkan promosi hotel dari serendah RM1,019. Untuk maklumat lanjut sila layari airasiabig.com dan airasiago.com.

Sapporo mempunyai penduduk seramai 1.9 juta dan merupakan salah satu tempat yang terbaik di Jepun untuk dilawati sepanjang tahun yang terkenal dengan makanan laut yang segar, salji putih, dunia seni tempatan, kilang alkohol dan banyak lagi. Antara lima tempat utama yang mesti dikunjungi untuk mengalami Sapporo adalah termasuk Koyo atau menyaksikan warna-warni musim luruh semasa bulan Oktober, terutama di pergunungan Taman Negara Daisetsuzan, yang merupakan tempat terbaik bagi menikmati keindahan warna-warni musim luruh. Selain itu, bulan yang menarik untuk dikunjungi adalah pada musim sejuk, Festival Salji Sapporo yang terkenal dan meluncur ski di pusat peranginan bertaraf dunia Hokkaido.Pada musim panas pula, nikmati keindahan romantis bunga-bunga di taman bunga Furano-Beiei dimana Hokkaido penuh warna-warni dengan pelbagai jenis bunga mekar. Festival Lilac dan Yosakoi Soran di Odari Park merupakan tempat bagi pelancong menikmati festival musik, majlis meminum teh di luar dan aktiviti mengumpul setem.

AirAsia X Berhad kini terbang dari Kuala Lumpur ke Jepun dengan penerbangan 5x seminggu ke Osaka dan penerbangan harian ke Tokyo.

AirAsia X telah dianugerahkan dengan ‘Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia’ dan ‘Tempat Duduk Premium Terbaik Syarikat Penerbangan Tambang Rendah’ di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax bagi tiga tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2015. Tempat duduk Premium Faltbed ini mempunyai spesifikasi tempat duduk kelas bisnes dengan berukuran 20” lebar, 60” memanjang dan 77” dalam kedudukan berbaring, termasuk kemudahan seperti pilihan tempat duduk, 40kg bagasi berdaftar, hidangan premium, bantal dan selimut, keutamaan semasa mendaftar masuk, keutamaan semasa serahan bagasi ‘Xpress tag’ dan keutamaan semasa menaiki pesawat.

Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk tetamu kami, AirAsia telah melaksanakan Kaunter Laluan Pantas untuk tetamu Premium FlatBed dan Premium Flex di mana mereka boleh membuat pemeriksaan imigresen di kaunter Laluan Pantas di lapangan terbang klia2 semasa ketibaan dan pelepasan. Tidak perlu berbaris panjang dan nikmati perjalanan lancar terus ke pintu pelepasan.

Terus mengikuti perkembangan promosi terkini AirAsia dan aktiviti lain melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala dan termasuk cukai lapangan terbang sahaja.  Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose, Japan (CTS)

No Penerbangan No Penerbangan Berlepas Ketibaan Kekerapan
KUL – CTS D7 550 11:35PM 8:10AM Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad
CTS – KUL D7 551 9:20AM 5:00PM Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *