(SEMASA) AkzoNobel menyambut Tahun Ayam dengan Ombakan Biru  – Sambut Tahun Baru Cina 2017 dengan tip Feng Shui!      

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2017 – AkzoNobel, pengeluar jenama cat berkualiti Dulux, meraikan Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam dengan mengadakan makan malam penghargaan media, dengan sorotan ramalan trend tahunannya, ColourFuturesTM, yang menggambarkan trend warna utama dan ramalan Warna bagi Tahun 2017.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sebagai syarikat cat dan salutan global yang terkemuka dan pengeluar utama bahan kimia khusus, AkzoNobel menghasilkan keperluan harian untuk menjadikan kehidupan lebih baik dan berinspirasi. Di dalam dunia yang penuh dengan warna, syarikat ini bukan sahaja membawakan warna dalam kehidupan tetapi juga membantu membina kesedaran komuniti yang lebih kuat yang membuatkan bandar-bandar lebih bertenaga dan juga untuk memberikan inspirasi dan membawa semangat dan tenaga kepada kediaman.

 

Dengan pelancaran dan pembukaan tirai Warna Pilihan AkzoNobel bagi Tahun 2017 dan sebagai sebahagian daripada panduan trend warna tahunan syarikat ini yang ke-15 yang diadakan pada Oktober lalu, pakar-pakar warna global telah mengenal pasti warna ‘Denim Drift’ sebagai warna wajib bagi tahun 2017.

 

‘Denim Drift’ (90BG 30/073 juga dikenali sebagai Smoke Grey), dikenal pasti sebagai warna kelabu-biru yang menawan, tak lapuk dek zaman dan versatil adalah mengenai keseimbangan, di mana kita menyaksikan gabungan yang menarik di antara warna yang lebih berani dan terang dengan pilihan rona cerah yang lebih lembut yang merangkumi kepercayaan “Yin dan Yang” bahawa segala-galanya di dalam alam semesta ini adalah terdiri daripada dua kuasa yang bertentangan tetapi saling melengkapi, yang cukup sesuai untuk menyambut Tahun Baru Cina.

 

Tema utama jenama ini bagi tahun 2017 iaitu ‘Kehidupan dalam sinar baru’, kewujudan gaya baru’ adalah sangat fleksibel yang mudah disesuaikan dengan semua gaya hidup dan hiasan dalaman, menjadikannya pilihan yang cukup sempurna untuk mencerminkan perspektif baru kita bagi 2017. AkzoNobel meraikan pandangan yang baru terhadap kesederhanaan yang menjadikan hidup lebih bermakna.

 

En. Indra Laban, Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Singapura dan Brunei berkata dalam ucapan aluan beliau, “Biru adalah warna harian kita, warna langit dan juga warna kepercayaan, keamanan, ketenteraman dan kesetiaan. ‘Denim Drift’ adalah warna kelabu-biru yang tak lapuk dek zaman dan versatil yang dipilih dengan teliti oleh Pusat Estetik Global AkzoNobel dengan pakar reka bentuk dan warna yang terkemuka dari serata dunia, yang telah menjalankan kajian terperinci mengenai trend sosial dan reka bentuk global.”

 

Turut hadir pada acara tersebut adalah Master Kenny Hoo, duta Feng Shui bagi Dulux Malaysia, yang diiktiraf di serata dunia sebagai salah seorang daripada pakar yang mula-mula menggabungkan dan merumuskan kaedah tradisional Feng Shui dengan peralatan dan teknologi moden dan saintifik dalam kajian Geomantiknya yang unik, untuk berkongsi tip Feng Shui yang mencetuskan inspirasi.

 

Untuk melengkapkan Warna Pilihan tahun ini, AkzoNobel menghasilkan palet warna keluarga yang menonjolkan spektrum warna biru dan tona – mewujudkan cara baru untuk menggabungkan warna-warna ini sesuai dengan tema utama jenama ini bagi 2017 iaitu ‘Kehidupan dalam sinar baru’, kewujudan gaya baru’. Romantisisme Baru, Perkongsian Individualisme, Kediaman untuk Bekerja dan Tanggapan Kemewahan, semuanya adalah gambaran bagaimana kesedaran global yang baru ini dapat diekspresikan dalam bidang kehidupan yang berbeza.

 

“Denim Drift adalah warna asas yang mempunyai kepelbagaian yang mengagumkan bagi palet 2017, yang menceritakan kisah ‘kehidupan dalam sinar baru’. Dengan warna biru denim yang dijangka akan mendominasikan trend warna cat untuk masa depan, Denim Drift merupakan padanan yang sempurna untuk mencerminkan zaman kehidupan kita, hasrat yang sebenar ke arah kesederhanaan. Ini menjadikannya warna cat yang ideal yang akan menghidupkan suasana kediaman, untuk menggambarkan dunia kita,” tambah En. Laban.

 

Master Kenny Hoo menjelaskan bahawa Feng Shui menawarkan pelbagai tip yang mudah dan praktikal untuk memperbaiki kehidupan anda dan penggunaan warna yang betul dapat membawa perubahan yang mengagumkan kepada kediaman anda. Feng Shui sering dirujuk sebagai seni susunan, bagaimana anda menyusun perabot, barangan, dan diri anda sendiri di dalam persekitaran anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan pengalaman hidup anda pada setiap peringkat.

 

“Feng Shui menawarkan cara yang unik untuk melihat diri dan persekitaran anda, dan ia memberikan cara untuk membawa keseimbangan, keselesaan, dan harmoni kepada persekitaran anda dengan cara yang susah untuk dicapai dengan kaedah lain. Kita semua amat menggemari warna dan tindak balas kita terhadap warna adalah dengan cara yang selalunya dapat dijangkakan. Feng Shui membawa penggunaan warna ke tahap yang seterusnya, di mana setiap warna membawa tenaga Feng Shui yang diinginkan kepada kediaman anda untuk mewujudkan harmoni dan keseimbangan,” jelas Master Kenny Hoo mengenai Feng Shui.

 

“2017 dianggap sebagai “Tahun yang Penuh dengan Peluang Baru” yang menggambarkan petanda yang baik dan menyaksikan Kehidupan dalam Sinar Baru. Tahun 2017 akan membawa begitu banyak peluang yang baik. Biru merupakan warna kehidupan yang tidak dimakan zaman dan versatil, dan akan sentiasa kekal dalam setiap aspek hidup kita; daripada pakaian yang kita pakai, langit yang kita renungi, dan air yang menyegarkan kita. Dengan gabungan lebih banyak warna biru kepada kediaman atau tempat kerja atau menggunakan barangan berwarna biru, seseorang boleh memperbaiki tuahnya serta meningkatkan Qi yang positif pada 2017”, kata Master Kenny Hoo dari Good Feng Shui™ dan duta Feng Shui bagi Dulux Malaysia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Pada majlis makan malam penghargaan media tersebut, Cik Shinta Iswandani, Ketua Pemasaran di AkzoNobel Decorative Malaysia mengongsikan teknologi yang diperbaharui bagi Dulux EasyClean™ dan Dulux EasyClean™ Plus dengan Teknologi KidProof baru yang menawarkan warna wajib bagi 2017, Denim Drift dan spektrum warna yang luas supaya anda dapat mencipta suasana yang diinginkan pada musim perayaan ini. Barisan produk EasyClean™ kini didatangkan dengan kemasan matt dan sheen yang lebih mudah dibersih dan boleh mengekalkan warna yang bertenaga yang kelihatan segar dan bersih lebih lama. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang aktif dan bebas meneroka yang sedang  belajar dan membesar kini boleh menikmati  ketenangan fikiran dengan barisan cat Dulux EasyClean™ – cat yang dirumus khusus untuk penjagaan dinding yang mudah di kediaman yang dilengkapi Teknologi KidProof.

 

Barisan produk Dulux EasyClean™, yang mendapat persijilan Singapore GreenLabel dan Sirim Eco-label, adalah cat yang mudah dibersih dan dijaga serta senang untuk menanggalkan kotoran*, dan mengekalkan warna yang bertenaga pada kediaman. Ia mempunyai kandungan sebatian organic meruap (VOC) yang rendah dan kurang berbau, menjadikannya begitu selesa untuk keluarga dan lebih baik untuk alam sekitar.

 

Dulux menyediakan lebih 2,000 warna supaya anda dapat menemukan cara untuk mengubah kediaman anda dengan suasana yang tidak dapat dilupakan serta menimbulkan inspirasi sebagaimana yang anda inginkan bagi tahun ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Warna Pilihan bagi Tahun 2017 dan tip Feng Shui, layari laman sesawang Dulux di http://www.dulux.com.my atau laman Facebook Dulux Malaysia di http://www.facebook.com/DuluxMalaysia.

 

*kalis kebanyakan kotoran cecair seperti air, minuman ringan, jus buah, kicap, sos tomato, sos cili, yogurt, ais-krim dan kesan seperti kapur, debu dan lumpur.    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *