(SEMASA) ALTELIA AMANI PERKENALKAN KOLEKSI HIJAB DAN KURTA

Spread the love

DSC_0591

  • 10 AAmani Hijab, 2 rekaan Kurta Far8 by Altelia Amani dan rekaan eksklusif 22 rekaan kurung AARaya dilancarkan sempena Syawal 2016.

 

  • Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan Sheera Iskandar dilantik sebagai duta

 

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Jenama butik popular, Altelia Amani menganjurkan pertunjukan fesyen koleksi baru bersempena musim perayaan akan datang yang bertemakan “AA Riang Ria Raya” di Zebra Square Kuala Lumpur, di sini hari ini.

DSC_0857Istimewanya, “AA Riang Ria Raya” menyaksikan peragaan 10 rekaan selendang AAmani Hijab rekaan butik tersebut yang terdiri daripada selendang dan selendang “semi-instant”.

Selain pilihan satu tona warna dengan menggunakan fabrik sutera tulen, AAmani Hijab juga menampilkan selendang bercetak (printed shawl) bermotifkan rekaan popular pucci, floral, jalur dan marmar.

Ia menyerlahkan gaya hidup wanita Muslim masa kini yang bercitarasa tinggi, sofistikated, kemas dan praktikal. Setiap rekaan menekankan keselesaan si pemakai disamping kelihatan anggun dan feminin dalam rekaan eksklusif, sesuai dengan trend terkini.

Bukan hanya sutera tulen, Koleksi AAmani Hijab menggunakan fabrik lace dan kesemua rekaan dijual dengan harga berpatutan antara RM69 hingga RM189 sehelai.

Butik yang berpusat di Shah Alam ini juga ingin mengetengahkan jenama Far8 by Altelia Amani yang menampilkan 2 rekaan kurta moden buat kaum Adam.

Selain dibezakan menerusi potongan di leher (berkolar dan kolar bulat), sut yang diperbuat menggunakan fabrik kapas berkualiti tinggi ini menekankan ciri-ciri mesra wudhu menerusi zip di lengan, potongan slim fit dan kemasan butang kayu bagi menampilkan gaya maskulin.

IMG_0255Didatangkan dalam pelbagai warna pilihan, kurta Far8 by Altelia Amani diserikan dengan hiasan 60 butir Swarovski berwarna coklat teh.

Kurta yang berharga RM229 sepasang itu bukan hanya memberikan gaya kelakian jika dipakai bersahaja, malah boleh disarung dengan samping sekiranya inginkan gaya segak seperti berbaju melayu.

Turut diperagakan pada majlis ini ialah 22 rekaan dari koleksi kurung AARaya, gabungan sentuhan kurung tradisional dan moden.

Menampilkan potongan kemas dan bercitarasa tinggi, Altelia Amani memberi tumpuan kepada kemasan dan sulaman ringkas dalam setiap rekaan busananya.

Pemilihan warna-warna feminin dan keemasan menjadikan koleksi AARaya tampak anggun buat si pemakai dalam rekaan moden kontemporari.

Selain terdapat di butik Altelia Amani yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, pelanggan boleh mendapatkan koleksi AARaya yang berharga RM289 hingga RM449 ini bermula 18 Mei 2016 di butik dan laman web Fashion Valet serta stokis yang sah.

Dalam majlis yang bertemakan suasana hari raya itu, Altelia Amani yang diterajui pasangan suami isteri, Mohamad Farid Omardin dan Zeileen Yusnita Abdul Jalil memilih selebriti popular Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan Sheera Iskandar sebagai duta jenama mereka.

Ia pemilihan yang tepat berdasarkan karakter dan kredibiliti ditampilkan mereka bertiga dalam bidang yang diceburi, seiring dengan gaya terkini dan kontemporari yang ditonjolkan jenama Altelia Amani.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *