(SEMASA) AMINHAYAT MILIKI PRODUK MINYAK WANGI TERSENDIRI

Spread the love

aminhayat512 Oktober 2016, Shah Alam – Aminhayat Abd Rahim, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran, kini mempunyai produk minyak wangi tersendiri yang diberi nama “The Anchor No. 9”. Wangian eau de perfum ini merupakan produk pertama beliau dan telahpun dilancarkan pada malam ini bersempena dengan majlis pelancaran koleksi baju perkahwinan rekaan Suffian Tugiman dan pakaian lelaki Takhta oleh Eiji Isma.theanchor9
Nama unik “The Anchor No. 9” telah dipilih kerana ianya memberi makna yang tersendiri dan kenangan buat Aminhayat yang telah menjadi Penyampai Berita TV9. Nombor 9 merupakan nombor bertuah buat Aminhayat. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan penyampai Berita TV9 yang telahpun bertugas di stesen televisyen Media Prima tersebut lebih 9 tahun. Lebih menarik, tarikh lahirnya adalah pada 7 November dan jika digabungkan angka tersebut, ianya membentuk nombor 9. Keserasian nombor 9 dalam kehidupan beliau membuatkan nama “The Anchor No. 9” dipilih untuk menjadi jenama minyak wangi ini. “The Anchor No.9” direka khas untuk lelaki yang ingin tampil lebih yakin, segak & berketerampilan. “The Anchor No.9” dihasilkan menggunakan bahan yang terbaik, aroma sitrus dan kayu menjadi wangian yang sempurna untuk lelaki. Kejayaan beliau menghasilkan jenama tersendiri ini membuatkan beliau penyampai berita pertama di Malaysia yang menghasilkan jenama wangian peribadinya.

Menurut Aminhayat, “Saya amat menyukai wangian eau de perfum dan sering menggunakannya di mana-mana sahaja seperti ke pejabat, majlis rasmi, membuat liputan tugasan, pusat latihan kecergasan – gym dan beriadah. Oleh itu, saya terfikir untuk menghasilkan wangian yang boleh digunakan untuk apa sahaja bersesuaian dengan karektor saya yang versatil di mana saya bukan sahaja merupakan seorang wartawan penyiaran, malahan saya juga adalah jurukamera, pengarang visual, membuat alih suara (voice over), pengacara dan banyak lagi. “The Anchor No. 9” mencerminkan diri saya.”

“Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan mengeluarkan wangian ini. Namun atas sokongan daripada ahli keluarga, rakan taulan, majikan dan ketua jabatan serta mereka yang berada di sekeliling, saya nekad untuk menghasilkan wangian unik ini. Tujuan saya menghasilkan wangian ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan sepanjang penglibatan saya dalam bidang penyiaran,” tambah beliau lagi.

Setiap perkataan yang tertera di jenama wangian tersebut mempunyai maksud yang tersendiri:
Strong – Kekuatan dan keyakinan diri.
Bold – Berani dan bersemangat untuk mencapai impian.
Humble – Merendah diri.

The Anchor No.9 hanya terdapat dalam 65ml eau de parfum dan harganya amat berpatutan ialah berjumlah RM88.00. Ianya akan mula dijual bermula Oktober 2016 ini di seluruh Malaysia termasuk Brunei.

Antara tempat yang menjual The Anchor No. 9 ialah:
Malaysia
1. Semua cawangan Hannan MediSpa
– www.facebook.com/hannanmedispa
2. Clique Clinic (Petaling Jaya, Selangor)
– www.facebook.com/cliqueclinic
3. Viper Bekam (Empire Damansara, Selangor)
– www.instagram.com/viperbekammy
4. Suffian Tugiman Creation Boutique (Seri Kembangan, Selangor)
– www.instagram.com/suffiantugiman
5. Hairkunst (The Curve, Mutiara Damansara)
– www.hairkunst.com
6. Ruby Soho (Kuantan, Pahang)
– www.instagram.com/rubysohobarbershop

Brunei
1. G.Klam Atelier KB (+67-38250433)
– www.instagram.com/g.klam
*terbuka kepada stokis, agent dan dropship yang berminat

Sebarang pertanyaan:
Admin +011-30486839
Instagram: @theanchor9
E-mail: aminhayatchannel@gmail.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *