(SEMASA) Antabax, Giant dan Guardian Lancar Kempen ‘Kesihatan Dikongsi, Harapan Diberi’, Sokong Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

Spread the love

Antabax_003

Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan berinovatif, peruncit terkemuka Giant dan peruncit produk farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Guardian, melancarkan kerjasama dalam kempen kutipan dana “Kesihatan Dikongsi, Harapan Diberi” bagi menyokong Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Antabax_002

Kempen yang berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015 ini akan menyaksikan 5% daripada hasil jualan keseluruhan rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax di semua cawangan Giant dan Guardian di seluruh negara akan disalurkan kepada WAO bagi menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak pertubuhan tersebut.

Diasaskan pada 1982, WAO bermatlamat memupuk masyarakat yang bebas daripada keganasan terhadap kaum wanita. WAO menyediakan sokongan emosi, sosial dan material untuk mangsa keganasan rumah tangga; membantu wanita yang didera menguruskan diri dengan menyediakan tempat perlindungan sementara; dan memupuk kesedaran tentang isu keganasan terhadap wanita.

Golongan yang kerap dilupakan adalah kanak-kanak yang mengalami trauma, diancam dan tiada upaya menghadapi keganasan dalam keluarga mereka.

Bagi kanak-kanak ini, rumah bukanlah tempat berlindung. Pendedahan mereka kepada keganasan rumah tangga memberi kesan yang besar dan mendalam terhadap kehidupan dan masa depan mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang menyaksikan keganasan rumah tangga akan lebih terkesan dengan keganasan apabila dewasa, sama ada sebagai mangsa atau pelaku[1].

Menurut Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Berkumpulan, Isi Rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, jenama tersebut aktif bekerja dengan organisasi-organisasi yang berlainan bagi membawa perubahan positif dan hasil yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan. Sebagai jenama yang berfokuskan keluarga, Antabax terpanggil untuk membantu kanak-kanak, wanita dan lelaki dari segi kesihatan fizikal, emosi dan sosial mereka ke arah pembentukan negara yang lebih sihat dan kuat.

“Jualan amal merupakan acara tahunan bagi Antabax, menjelang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri, kami ingin mengajak pengguna memperingati mereka yang memerlukan bantuan untuk memulakan hidup baru dan memperoleh manfaat yang biasa bagi kita. Bagi wanita dan kanak-kanak yang meminta bantuan WAO untuk membebaskan diri daripada belenggu keganasan, Antabax dengan kerjasama Giant dan Guardian ingin membantu di saat mereka memerlukan menerusi sokongan pelanggan kami. Seboleh-bolehnya, kami ingin menyediakan persekitaran yang ceria dan selamat kepada keluarga yang sedang berusaha keluar dari belenggu keganasan untuk meraikan perayaan ini, dan sebagai tapak untuk memulakan hidup baru,” kata beliau.

Cik Ellen Wong Ching May, Pengurus Kanan Kategori, Barangan -Kesihatan dan Kecantikan bagi GCH Retail (M) Sdn Bhd berkata, “Giant berbesar hati dapat meneruskan kerjasama kami dengan Antabax buat tahun kelima berturut-turut dengan menggunakan kekuatan rangkaian strategik cawangan-cawangan kami bagi membantu mengutip dana untuk WAO. Kesemua 129 kedai kami di seluruh Malaysia akan mengambil bahagian dalam program ini,” kata beliau.

Pengarah Eksekutif WAO, Cik Sumitra Visvanathan berkata WAO melalui Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak menyediakan perkhidmatan untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan apabila mereka cuba membebaskan diri daripada belenggu keganasan. Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak berfungsi sebagai pusat bagi ratusan wanita dan kanak-kanak setiap tahun memulakan hidup baru.

Buat masa ini, Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak menjadi tempat perlindungan purata 100 orang wanita dan dan 120 orang kanak-kanak setiap tahun. Pusat ini memiliki ruang seluas kira-kira 12,000 kaki persegi dengan dilengkapi lima bilik tidur, enam bilik mandi, dapur, pejabat pentadbiran dan bilik stor.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM1.2 juta setiap tahun untuk program-program kami dan kebanyakannya datang daripada sumbangan korporat dan individu. Kami bertuah kerana mempunyai penderma yang komited sepanjang tahun. Buat kali kedua, Antabax dan Giant menyokong program kami. Kami mengalu-alukan mereka sekali lagi ke dalam senarai organisasi mesra wanita yang menyokong kami,” kata Cik Visvanathan.

Turut hadir di majlis pelancaran, iaitu penyanyi Ning Baizura yang mempersembahkan nyanyian yang merdu dan nyaring kepada hadirin.

“Kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di rumah memerlukan orang dewasa yang boleh dipercayai untuk membantu dan menenangkan mereka, serta memberi perkhidmatan yang dapat membantu mereka memulihkan pengalaman hidup yang telah dilalui. WAO mampu memberikan kanak-kanak ini keselamatan dan bantuan yang mereka perlukan untuk masa depan yang lebih cerah. Saya harap lebih ramai yang akan tampil menyokong kempen ini kerana wanita dan kanak-kanak yang kita bantu merupakan anak perempuan, adik, kakak, ibu atau rakan seseorang. Marilah kita raikan mereka dengan memberikan harapan,” kata Ning Baizura.

Untuk menyokong WAO, kunjungi mana-mana kedai Giant atau Guardian dan beli sebarang produk Antabax. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Antabax Kesihatan Dikongsi, Harapan Diberi, layari www.facebook/NewAntabax.

[1]World Health Organization, ‘World Report on Violence and Health’, ed. By Krug, Etienne G., et al., Geneva, 2002; Moffitt, Terrie E., and Avshalom Caspi, ‘Findings About Partner Violence from the Dunedin Multi-Disciplinary Health and Development Study’, Research in Brief, National Institute of Justice, Washington DC, July 1999; Kishor, S., and Johnson, K., ‘Profiling Domestic Violence – A Multi-Country Study’, Calverton MD: ORC Macro, 2004; Population Information Program, ‘Ending Violence Against Women’, Population Reports, Series L, Number 11, 1999; Victoria Department of Human Health Services, ‘The Health Costs of Violence, Measuring the Burden of Disease Caused by Intimate Partner Violence’, Victoria, 2004.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *