(SEMASA) ASIAN FOOD CHANNEL MENAYANGKAN TERBITAN TERKININYA, ‘HOW TO MAKE IT: CULINARY DREAMS’, MENAMPILKAN SELEBRITI MALAYSIA, AWAL ASHAARI

Spread the love

02

Pada hari Rabu, 9 April 2014 jam 9 malam (Jakarta/Thailand 8 malam), Asian Food Channel (AFC), sebahagian daripada jenama media gaya hidup Scripps Networks Interactive, dengan bangganya mempersembahkan terbitan terkininya, ‘How to Make It: Culinary Dreams’ di Saluran Astro 703. Diterbitkan dengan kerjasama Kolej Universiti KDU dan IMI University Centre (IMI), siri 6x30min, yang menampilkan bintang selebriti  Malaysia, Awal Ashaari akan ditayangkan di 12 wilayah di seluruh rantau Asia.

03-2

Sertai Awal apabila beliau memulakan perjalanan untuk mempelajari dan menyahut cabaran untuk membuka restorannya sendiri. Minggu bersilih ganti, pelakon yang juga hos ini menyahut cabaran kulinari yang ditetapkan oleh pensyarahnya, daripada menyediakan hidangan terbaik kepada penyediaan suasana tempat sajian yang menarik. Perjalanan menarik Awal di Kolej Universiti KDU membuka matanya kepada perkara-perkara penting dalam mengendalikan perniagaan restoran yang berjaya di Malaysia.

Derek Chang, Pengarah Urusan Scripps Networks Interactive Asia Pacific berkata, “Kami berharap penonton AFC akan menyertai Awal apabila beliau mengejar impiannya untuk memulakan perniagaan F&B di Malaysia. ‘How to Make It: Culinary Dreams’ adalah satu program sangat menarik yang dekat di hati penonton dan kami menjangkakan sambutan hebat untuk siri ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan KDU dan IMI untuk menerbitkan program berkualiti tinggi ini dan kami mengalu-alukan kerjasama erat di masa akan datang.”

Berkongsi kegembiraannya, Profesor Dr. Khong Yoon Loong, Naib Canselor Kolej Universiti KDU menambah, “Di KDU, kami komited untuk menyediakan pelajar kami dengan pengalaman pembelajaran terbaik untuk membolehkan mereka maju dalam kerjaya masing-masing. Di samping program akademik mereka, kami menyemai unsur inisiatif E3-Boosters kami yang merangkumi kefasihan bahasa Inggeris, pembangunan EQ dan Keusahawanan kepada pelajar kami. Awal menjalani kursus kulinari jangka pendek di ‘Sekolah Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari’ (SHTCA) dan kami percaya pengalamannya di Kolej Universiti KDU akan melengkapkan dirinya dengan kemahiran dan pengetahuan untuk satu hari membuka restorannya sendiri.”

‘How to Make It: Culinary Dreams’ diterbitkan dengan kerjasama Kolej Universiti KDU dan IMI University Centre. Tayangan sulungnya disiarkan eksklusif di Asian Food Channel, pada hari Rabu 9 April pada jam 9 malam di Saluran Astro 703.

Untuk maklumat program, gambar dan sinopsis episod “How to Make It: Culinary Dreams”, layari www.asianfoodchannel.com/howtomakeit  mulai 26 Mac. Untuk maklumat lanjut mengenai Asian Food Channel dan programnya, layari www.asianfoodchannel.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *