(SEMASA) “BANGKIT BERNIAGA 2014” bersama Dr. Azizan Osman

IMG_6918

Jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran no 1 Asia, Dr. Azizan Osman, berkata modal sekecil RM1 boleh saja diguna bagi memulai perniagaan sekiranya ia dibangunkan oleh mereka yang ada ilmu. Ilmu, menurutnya adalah apa yang memebezakan pencapaian satu-satu perniagaan yang dibangunkan.

IMG_6910crop

Ini adalah antara rahsia yang bakal dirungkai mentor keushawanan terkenal itu menerusi “Seminar Bangkit Berniaga 2014” di bawah klinik keusahawanan dan pelaburan yang dilancarkan di Wisma MCA pada 29 Mac 2014 lalu.

Ia dianjurkan oleh RICHWORKS INTERNATIONAL, di mana Dr. Azizan Osman merupakan pengasas dan pengerusi eksekutifnya.

Seminar yang memberi tumpuan kepada  bidang perniagaan, keusahawanan serta pelaburan ini merupakan kesinambungan daripada siri ‘Bangkit 2014′ yang dilancarkan awal tahun ini sempena keraian ulang tahun keenam Richworks.

“Bangkit Berniaga 2014′ dijadual berlangsung di sembilan lokasi dengan diteruskan pada 31 Mac di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang.

Jelajah diteruskan pada 13 April di Shah ALam Convention Centre (SACC) diikuti di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu (18 April); Bukit Gambang Resort City, Kuantan (19 April); Hotel TH,, Alor Setar (25 April); Hotel Syuen, Ipoh (26 April) dan berakhir di Melaka Trade Centre, Melaka (27 April).

Pengalaman melatih lebih 500,000 peserta menerusi pelbagai seminar dan program keushawanannya sejak tahun 2008, Dr Azizan berkata, 10 perkara penting di dalam membina sesebuah perniagaan, daripada kosong hingga mencapai jutaan ringgit akan dikongsinya menerusi “Bangkit Berniaga 2014′.

Menerapkan konsep B.A.N.G.K.I.T  iaitu Bisness Akan Naik Guna Kuasa Ilmu & Tindakan’  jelasnya, seminar yang menjadi medan perkongsian ilmu itu antara lain akan mendedahkan rahsia di sebalik jutawan-jutawan berjaya.

Dr. Azizan sendiri merupakan seorang usahawan terkenal yang bergelar juawan seawal usia 30an dengan pemilikan ke atas sebuah empayar perniagaan yang menaungi 27 syarikat di dalam pelbagai industri termasuk pengiklanan dan pemasaran.

Seminar ini adalah percuma bagi yang mendaftar lima orang, RM90 bagi tiga orang dan RM50 seorang, Setiap peserta yang mendaftar dan menghadirkan diri akan menerima buku, ‘Planet Bisnes Azizan Osman’ terbitan Azizan Osman Productions yang merupakan himpunan dan dokumentasi catatan serta lakaran Zafrol Rizal Mat ‘Jerry’ dan Dato Roslan Ab Hamid.

Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang www.bangkitberniaga.com. Info lanjut hubungi talian 019-2442244/013-2442244 atau 019-2442400.

IMG_6913

Kenali Dr Azizan Osman

Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan, penulis, penceramah, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No. 1 Asia.

Beliau telah menulis dan menerbitkan buku-buku bertajuk Rahsia Kaya & Berjaya – Dunia Akhirat, gabungan tulisan bersama S.H. Alattas, Inspirasi Kaya & Berjaya Siri 1 dan 2, Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, Transformasi Hidup Luar Biasa dan buku terbaru beliau adalah Magnet Kekayaan & Kejayaan, sebuah buku jualan terbaik pada masa ini di pasaran.

Beliau juga telah terlibat di dalam perniagaan sejak tahun 1998 dan telah gagal banyak kali sehinggalah beliau dilatih oleh seorang jutawan dan mentor British pada tahun 2001. Dengan ilmu dan mentor, Dr Azizan berjaya mencapai banyak kejayaan. Hari ini, beliau adalah Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada lebih 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi, perunding strategi pemasaran untuk syarikat telekomunikasi, perbankan, NGO serta beberapa buah syarikat pelaburan hartanah dan kolej di Malaysia dan Singapura.

Sehingga hari ini, beliau telah melatih lebih daripada 400,000 peserta dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *