(SEMASA) BERSAMAMU DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA…

Adik Md HazzarSAMLL

Di sini bermulanya episod dua ketua keluarga dari Jeti Parit Jawa, Muar, Johor, melayari bahtera kehidupan dalam Bersamamu minggu ini. Mazlin Nordin selaku penerbit dan penerbit eksekutif dan krew penerbitan menambahkan keistimewaan kepada program amal Bersamamu ini dengan menggunakan kamera Digital SLR (DSLR). Malahan teknik pengambarannya juga berbeza daripada episod sebelum ini.

Di sebalik desiran ombak yang mendamaikan, kehadiran badai menghempas lautan luas bagaikan satu cabaran yang perlu ditangani nakhoda dengan  tenang dan bijak. Mereka diibaratkan sebagai lilin yang menerangi kehidupan dalam keluarga dan itulah pengorbanan yang paling berharga seperti pahlawan mempertahankan Negara!

Itulah yang ingin di sampaikan dalam program amal Bersamamu sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada Selasa, jam 9.00 malam, 9 September ini nanti.

Ismail Kusiron berusia 68 tahun tabah dengan ujian yang dihadapi dalam menjalani tanggunjawab sebagai suami menjaga isterinya, Siti Selamat, yang mengalami angina ahmar lebih daripada 9 tahun yang lalu. Kemiskinan mereka memaksa Ismail mencari pelbagai pekerjaan untuk sesuap nasi. Beliau yang tidak suka meminta-minta redha dengan ketentuan ilahi, namun tidak sekali-kali mengaku kalah dan terus berushaha untuk memastikan ikatan kasih sayang bersama isterinya kekal abadi.

Pada masa yang sama, sahabatnya bernama Md Hazzar Jaafar,  turut berjuang menjaga adik bongsunya Shahidan Jaafar, 48 tahun, yang dibelenggu dengan masalah pertumbuhan. Setiap hari, Hazzar tidak pernah gagal menjaga keperluan adiknya terutamanya yang membabitkan urusan ke tandas. Di samping menjaga adiknya yang tersayang, beliau juga turut bertanggungjawab menjaga keluarganya sendiri iaitu anak-anak dan isteri yang tercinta.

Kehadiran masyarakat yang sering membantu dan juga yang ingin menyumbang, diucapkan ribuan terima kasih bersulamkan syukur. Orang ramai dan badan-badan korporat yang ingin menyumbang kepada mereka, bolehlah berbuat demikian menerusi akaun bank Md Hazzar Jaafar (BSN: 01126-41-00008343-4) dan Ismail Kusiron (BSN: 01126-14-00008345-7).

Kisah dua sahabat ini bagaikan satu universiti kehidupan yang dapat mengajar apa erti cinta sejati, kasih sayang, tangungjawab, keikhlasan, pengorbanan, hulurkan tangan dan ringankan beban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *