(SEMASA) BIASISWA FAIR & LOVELY MEMBANTU WANITA KE ARAH MASA HADAPAN YANG CEMERLANG MENERUSI PENDIDIKAN

02-1Kuala Lumpur, 27 Mei 2016 – Fair & Lovely, antara jenama penjagaan wajah terkemuka di Malaysia, telah memperkenalkan Kempen Sinari Aspirasi sebagai platform untuk memperkasakan kaum wanita untuk terus berusaha mengejar impian mereka serta menjadi lebih berdikari melalui pendidikan. Fair & Lovely telah memilih 40 wanita muda dari universiti awam yang terpilih sebagai penerima biasiswa buat julung kalinya dan menganugerahkan mereka dengan biasiswa terkumpul berjumlah RM200,000.

03

Pelajar-pelajar berkenaan dipilih melalui Kempen Sinari Aspirasi yang telah menarik lebih daripada 8,000 penyertaan dari 20 universiti awam. “Fair & Lovely berkongsi falsafah yang sama di mana kaum wanita digalakkan untuk berusaha dengan gigih untuk membina masa depan mereka dengan memperkasakan mereka dengan kekuatan dalaman dan keyakinan.  Terdapat ramai wanita di luar sana yang begitu bersemangat tentang masa depan mereka namun memerlukan bantuan kewangan untuk mendapatkan asas yang sangat penting dalam pendidikan. Justeru, kami mencipta satu platform untuk membantu kaum wanita ini ke arah masa hadapan yang cemerlang. Biasiswa Fair & Lovely ini merupakan satu pelaburan yang baik di mana kami percaya ia berupaya mengubah hala tuju seseorang wanita, terutamanya pelajar yang memerlukan bantuan kewangan,” kata Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Callista Fernandez.

Setiap pelajar menerima biasiswa sebanyak RM5,000 yang akan menampung kos yuran tuisyen dan buku sehingga setahun. Pelajar-pelajar berkenaan dipilih berasaskan pada kelayakan pendidikan mereka; dengan CGPA minima 3.0 serta aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Kesemua penerima biasiswa ini datang dari tiga buah universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Penganugerahan biasiswa itu disampaikan oleh Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Callista Fernandez dalam satu majlis penyampaian biasiswa istimewa yang diadakan di Bangsar.

Salah seorang penerima Biasiswa Fair & Lovely dari Universiti Teknologi Mara, Noor Syazwani Binti Safain berkata: “Saya sangat bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang penerima Biasiswa Fair & Lovely, kerana ia memberi peluang untuk saya mengejar impian untuk menjadi seorang akauntan dan ia pasti akan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa saya.  Fair & Lovely sememangnya telah lama menjadi jenama yang dekat di hati saya sejak di bangku sekolah lagi. Jenama ini sentiasa memberi saya keyakinan untuk merasa selesa dengan diri saya dan keluar dari zon selesa saya untuk mengejar impian yang diidamkan.”

Callista menambah, “Kempen Sinari Aspirasi ini bertujuan untuk menempuhi cabaran terutamanya dari segi isu kewangan yang menghalang kaum wanita daripada mencapai impian mereka.  Ia merupakan komitmen berterusan Fair & Lovely dalam membantu wanita di seluruh Malaysia untuk mencapai impian mereka. Kami mahu wanita-wanita ini bangkit dengan semangat yang membara serta keyakinan bahawa impian boleh jadi kenyataan jika mereka percaya pada diri sendiri.”

Pada majlis tersebut, Fair & Lovely turut memperkenalkan Duta Jenamanya yang baharu – Daiyan Trisha, 23, seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat, penghibur, pelakon dan usahawan. Beliau berkata, “Pendidikan merupakan salah satu elemen penting bagi wanita kerana ia merupakan asas untuk kita mencapai matlamat hidup dan impian kita. Pendidikan membolehkan kita maju ke depan dalam kehidupan kerana ia meluaskan lagi minda kita bukan sahaja dari segi ilmu tetapi turut meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, menjadi kreatif dan berfikir secara kritis. Sebagai duta Fair & Lovely, ia merupakan satu penghormatan bagi saya untuk berdiri di hadapan anda semua hari ini dan memberi inspirasi kepada wanita muda untuk mencapai impian mereka seperti mana  saya sedang mengejar impian saya.”

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah perunding imej profesional, Zarina Zainal. Beliau mengendalikan bengkel penampilan dan keyakinan diri bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya kekuatan dalaman dan keyakinan sebagai alat untuk menjadi wanita berdikari di dalam era moden.

Sehingga kini, Biasiswa Fair & Lovely telah membantu lebih daripada 1,200 gadis dari seluruh negara-negara Asia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *