(SEMASA) BMW Group Malaysia Catat Rekod Prestasi Terbaik untuk kenderaan BMW iPerformance di Malaysia.

Spread the love

 

Kuala Lumpur, 20 Julai 2017 – BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan prestasi terbaik untuk portfolio kenderaan BMW iPerformance bagi separuh pertama tahun 2017.

Menyamai kejayaan kenderaan elektrik BMW Group di seluruh dunia, BMW Group Malaysia telah menyerahkan lebih 2,300 unit BMW 330e, BMW X5 xDrive40e dan BMW 740Le yang baru dilancarkan sehingga Jun 2017.

Sejak pengenalan kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive yang pertama menerusi BMW X5 xDrive 40e pada hujung Jun 2016, pembuat kenderaan premium ini sudah menyerahkan lebih 3,200 unit kenderaan di negara ini. Seterusnya mencatat perkongsian pasaran lebih 44% dalam jumlah gabungan keseluruhan di Malaysia, paling tinggi di dunia. Purata jualan di dunia adalah 3% peratus dengan negara-negara Nordic mencatat 14%.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Malaysia kini menjadi peneraju! Pertumbuhan dan kadar pembelian kenderaan BMW iPerformance di sini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk teknologi termaju dalam industri automotif. Kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive merupakan tawaran terbaik untuk pelanggan. Ia bukan sahaja direka dengan begitu cantik, malah bertanggungjawab dan sangat menjimatkan dari segi penggunaan bahan api serta kurang emisi CO2.”

Prestasi jualan BMW 330e dilihat sangat berjaya dengan lebih 60% BMW 3 Series yang dijual di Malaysia pada masa sekarang ialah model BMW iPerformance. Manakala lebih 40% daripada varian BMW 7 Series yang diserahkan kepada pelanggan ialah model BMW 740Le xDrive yang baru sahaja diperkenalkan.

Mahu terus memacu portfolio produk kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive ke hadapan, BMW Group Malaysia turut mengutamakan aspek infrastruktur dan perkhidmatan mobiliti dalam strateginya menjadikan pengalaman memandu jentera elektrik pada setiap hari lebih selesa, mudah dan menyeronokkan.

Kata Han lagi, “Untuk mencipta dimensi dan pengalaman baru Sheer Driving Pleasure serta pengalaman pemilikan kenderaan dalam segmen premium, kami juga perlu memastikan kewujudan infrastruktur sewajarnya bagi menyokong teknologi baru ini. Aspek inilah yang akan meningkatkan keyakinan pengguna ke terhadap kenderaan plug-in hybrid dan akhirnya kenderaan elektrik pada masa depan.”

Merujuk kepada kerjasama di antara BMW Group Malaysia dan GreenTech Malaysia untuk menawarkan pengguna kenderaan plug-in hybrid baharu BMW di Malaysia akses kepada servis mobiliti ChargeNow menerusi platform ChargEV, Han berkata, “Sehingga kini, terdapat lebih 200 stesen ChargEV di seluruh negara. Angka itu akan terus meningkat kepada sasaran 25,000 stesen ChargEV menjelang tahun 2020. Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa lebih 600 orang pemilik kenderaan BMW Plug-in Hybrid telah mendaftar dalam program BMW ChargeNow di atas platform ChargEV. Ia jelas menunjukkan keyakinan ke atas kenderaan berteknologi termaju serta penerimaan rakyat Malaysia terhadap mobiliti-elektrik akan terus positif.”

Dengan ChargEV memainkan peranan penting dalam menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik dan Plug-in Hybrid, BMW Group Malaysia juga telah mengembangkan akses stesen mengecaj di seluruh rangkaian pengedar sahnya. Baru-baru ini, Seong Hoe Premium Motors, pengedar BMW di Melaka memasang sebuah BMWi Wallbox di hotel Holiday Inn Melaka. Projek sama kini sedang berjalan di hotel The Equatorial Melaka dan dijangka siap pada Ogos depan. Di Malaysia Timur, rakan premium BMW Group Malaysia, Regas Premium Auto Sarawak juga memasang dua unit BMWi Wallbox di pusat membeli-belah CityONE Megamall di Kuching, ia menjadi infrastruktur mengecaj awam yang pertama di Sarawak.

Perkhidmatan BMW ChargeNow ditawarkan sebagai sebahagian daripada program BMW 360° ELECTRIC untuk pelanggan BMW i8, BMW 330e, BMW X5 xDrive40e dan BMW 740Le xDrive. Perkhidmatan mobiliti ini membuatkan urusan mengecaj serta pemilikan kenderaan BMW i atau BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive semakin mudah.

Penggunaan kad ChargeNow juga memberikan akses langsung ke atas rakan stesen pengecaj seperti ChargEV. Pelanggan boleh menikmati sokongan 24/7 dan akses ke semua stesen pengecaj di semua lokasi rangkaian ChargEV yang kian berkembang. Untuk mendaftar dengan perkhidmatan BMW ChargeNow, sila layari laman web https://www.facebook.com/chargEV/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *