(SEMASA) BN Youth Job Fair (BNYJF) 2013

career-fair-002

BN Youth Job Fair (BNYJF) 2013 sekali lagi menjadi tumpuan golongan muda terutama siswazah menganggur dan golongan muda untuk meninjau peluang kerja lebih baik. Karnival  kerjaya selama tiga hari sehingga Ahad ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini disertai lebih 350 majikan dengan 260 gerai yang menawarkan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan untuk direbut graduan, selain turut memberi platform kepada pencari kerja terutama golongan belia memulakan perniagaan secara dalam talian.

BN youthsmall

BN Youth Job Fair (BNYJF) 2013 telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mewakili Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang merangkap Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin. Dikesempatan ini juga, YB Dato Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal dan saudara YB Khairy Jamaluddin juga menyaksikan perjanjian MOU diantara MIDA ( Malaysia Investment Development Authority) dengan rakan kerjasama atau “talent partner” iaitu MARA, GE, NADI, Samsung serta Upeca serta melawat beberapa booth majikan yang menyertai karnival ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *