(SEMASA) Bufet Ramadan Felda D’Saji 2018 Menjanjikan Kepelbagaian

Felda D’Saji kini bersedia dengan kepelbagaian menu Bufet Ramadan 2018. Lima buah cawangan Felda D’Saji yang menyediakan buffet Ramadan ialah Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue, Orchard Villa, Tasik Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa.

Pengalaman 20 tahun dalam penyediaan juadah ramadan, Felda D’Saji yakin pendekatan baharu dan kepelbagaian menu, akan menjadikannya lebih relevan dan memenuhi citarasa pelanggan. Ini bakal meletakkan D’Saji sebagai lokasi utama Bufet Ramadan pada tahun ini.

Di Dewan Perdana Felda, 40 orang Chef akan menyajikan juadah berbuka puasa dengan tema “Colours Of Malaysia”. Antara menu utama adalah Stuffed Whole lamb (Nasi Dalam Perut kambing). Citarasa Ramadan Warisan Melayu, Kambing Bakar dengan 9 rempah dan pelbagai juadah pilihan terbaik.

Selain dari itu, 4 lokasi Bufet Ramadan yang lain dengan tema tersendiri juga sedia untuk dikunjungi. Orang ramai boleh terus ‘walk-in’ ke cawangan – cawangan D’Saji untuk berbuka puasa. Tema yang diperkenalkan mengikut lokasi adalah ‘Colours of Malaysia’ di Dewan Perdana Felda, ‘Taste of Asean’ di D’Saji KL Titiwangsa, ‘Malay Authentic and Grills’ di Orchard Villa Gombak dan Cempaka Villa Bangi, dan citarasa ramadan di Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara.

Tahun ini, Felda D’Saji turut memperkenalkan D’Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan. Dengan pakej serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang, pelanggan tiada lagi alasan untuk tidak memperolehi hidangan makanan istimewa dan lazat dari Felda D’Saji. Kami bersedia membuat penghantaran di sekitar Lambah Kelang di dalam radius 15 kilometer.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghantar emel ke salesdsaji@felda.net.my, atau menghubungi talian 03-2698 8302.

Felda D’Saji kini juga telah bersedia untuk meneroka pasaran perkhidmatan perhotelan dan franchise. Penerokaan bidang baharu ini pastinya akan membawa Felda D’Saji ke fasa baharu yang lebih baik serta lebih berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *