(SEMASA) Cegah Risiko Demam Kepialu Melalui Amalan Kebersihan Tangan Yang Baik

Pix_001

Demam kepialu atau tifoid adalah sejenis jangkitan penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhi dan boleh mengancam nyawa kita.  

Setakat hari ini, sebanyak 34 kes demam kepialu telah dilaporkan di Kuala Lumpur sejak Ogos 2015. Sementara itu, menurut laporan akhbar1, sejumlah 94 kes demam kepialu telah dicatatkan di tujuh buah negeri di Malaysia sepanjang Januari hingga 20 Oktober lalu.

Salmonella Typhi hanya membiak di dalam tubuh manusia. Seseorang yang telah dijangkiti demam kepialu akan membawa bakteria tersebut di dalam aliran darah dan ususnya. Malah, sebahagian kecil pembawa bakteria yang telah sembuh daripada jangkitan ini juga akan terus membawa bakteria di dalam tubuh mereka. Pesakit dan pembawa demam kepialu akan mengeluarkan bakteria Salmonella Typhi melalui najis mereka.

Biasanya, demam kepialu lebih kerap berlaku di kawasan yang mudah terdedah kepada pencemaran air dengan bahan kumbahan serta ketiadaan air bersih untuk membasuh tangan secara kerap.

Rangkaian produk penjagaan diri antibakteria inovatif dan diyakini, Antabax sudah sekian lama memperjuang dan mempromosikan amalan kebersihan yang baik sebagai langkah pertama untuk mengecapi tahap kesihatan terbaik. Lebih-lebih lagi dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit berjangkit akibat tangan yang kotor.

Berikutan kes demam kepialu yang kian meningkat baru-baru ini, Antabax turut mengambil inisiatif dengan menawarkan fakta ringkas dan maklumat berguna tentang cara-cara pembersihan tangan dalam tujuh langkah menerusi halaman FB peminatnya.

Penularan Deman Kepialu

Demam kepialu boleh berjangkit melalui makanan atau minuman yang telah dicemari atau dikendalikan oleh seseorang pesakit atau pembawa bakteria Salmonella Typhi yang tidak membasuh tangan dengan bersih selepas menggunakan tandas. Selain itu, jangkitan penyakit juga boleh berlaku melalui sentuhan kulit secara langsung dengan pesakit demam kepialu. Pendedahan kepada najis pesakit1 turut meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan penyakit tersebut.

Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan demam kepialu seperti pastikan air dimasak sebelum diminum atau minum air botol, elakkan pengambilan makanan mentah yang tidak dikendalikan dengan baik, basuh buah-buahan serta sayur-sayuran sebersih-bersihnya sebelum dimakan dan dapatkan suntikan vaksin untuk mencegah demam kepialu. Satu lagi cara paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan demam kepialu1 adalah memastikan tangan dibasuh sebelum dan selepas makan, mengendalikan makanan atau menggunakan tandas.

Pesakit demam kepialu biasanya mengalami demam panas (39°C hingga 40°C) yang berpanjangan. Mereka juga mungkin mengalami simptom-simptom seperti lemah badan, sakit perut, sakit kepala atau hilang selera makan. Dalam sesetengah kes, pesakit juga mempunyai ruam rata berwarna merah ros. Jika anda mempunyai simptom-simptom ini, sila dapatkan pengesahan segera daripada doktor.

Pengesahan demam kepialu hanya boleh diketahui menerusi ujian sampel najis atau darah untuk mengesan kehadiran bakteria Salmonella Typhi.

Pix_002

Menurut Pengurus Produk Kumpulan, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, rakyat Malaysia kini lebih peka tentang keperluan membasuh tangan dan berusaha mempraktikkan amalan ini dengan lebih kerap.

“Amalan dan pengetahuan tentang cara-cara menjaga kebersihan tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan demam kepialu, selain usaha pantas daripada pihak berkuasa untuk menggesa pengusaha/pengendali restoran/makanan agar mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin. Antabax turut mengesyorkan tujuh langkah mudah untuk membasuh tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit daripada tangan yang kotor. Pelajarilah cara-cara membasuh tangan dengan betul dan amalkan setiap kali kita mencuci tangan. Hanya 20 saat diperlukan untuk membantu kita kekal lebih sihat,” ujar Sim.

Antabax menawarkan satu rangkaian produk antibakteria menyeluruh yang merangkumi mandian tubuh, buih pembersih tangan, sabun, gel pembasmi kuman tangan, penyembur dan tisu pembersih untuk memenuhi keperluan menjaga kebersihan diri.

Maklumat sisi tambahan tentang simptom-simptom demam kepialu telah dipetik daripada laman web SA Health, Kerajaan Australia Selatan  http://www.sahealth.sa.gov.au/wps/wcm/connect/public+content/sa+health+internet/health+topics/health+conditions+prevention+and+treatment/infectious+diseases/exclusion+from+childcare+preschool+school+and+work

INFO :

Bagaimana tifoid merebak?

Salmonella Typhi hanya membiak di dalam tubuh manusia.

Bakteria ini boleh berjangkit melalui pengambilan makanan atau minuman yang dicemari najis atau air kencing daripada pesakit dan pembawa bakteria Salmonella Typhi.

Sumber-sumber biasa jangkitan penyakit:-

  • Air atau ais
  • Sayur mentah
  • Salad
  • Kerang-kerangan

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibasuh dengan air tercemar juga mungkin boleh mengundang demam kepialu.

Gejala & Simptom Penyakit

Demam kepialu berlaku secara perlahan-lahan bermula dengan:-

  • Demam panas berpanjangan
  • Sakit kepala yang ketara
  • Rasa tak sedap badan
  • Hilang selera makan
  • Limpa membengkak ( mungkin mengundang ketidakselesaan pada abdomen)
  • Batuk kering pada awal penyakit
  • Ruam rata merah ros yang agak ketara pada badan
  • Sembelit atau cirit-birit – Sembelit berlaku lebih kerap berbanding cirit-birit pada orang dewasa

Tahap keseriusan penyakit berbeza-beza: Tidak serius dengan demam biasa, sehinggalah serius dengan pelbagai komplikasi kesihatan.

Pesakit yang enggan mendapatkan rawatan mungkin akan terus mengalami demam berterusan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Sebanyak 20% daripada kes kematian demam kepialu berlaku akibat  jangkitan. Menerusi rawatan, kadar kes kematian demam kepialu boleh dikurangkan sekitar 1%.

Diagnosis

Diagnosis demam kepialu dijalankan menerusi pengambilan sampel bakteria daripada darah atau sum-sum tulang pada peringkat awal penyakit.

Tempoh Pengeraman Bakteria

Antara 3 hari hingga 60 hari ke atas; biasanya antara 8 hingga 14 hari.

Tempoh Jangkitan

Biasanya bermula dari minggu pertama terkena jangkitan sehingga pulih sepenuhnya, selagi bakteria dikeluarkan menerusi pembuangan najis atau air kencing.

Kira-kira 10% daripada pesakit demam kepialu yang tidak mendapat rawatan akan terus sakit selama 3 bulan selepas simptom awal dikesan. Sebanyak 2 hingga 5% pesakit pula akan menjadi pembawa bakteria kekal.

Rawatan

Bagi kes-kes yang serius, rawatan dengan antibiotik adalah penting dan boleh diperoleh daripada doktor. Selepas pengambilan antibiotik, keadaan pesakit akan beransur pulih dalam tempoh 2 hingga 3 hari dan kematian jarang berlaku.

Pencegahan

  • Jauhkan pesakit atau pembawa bakteria Salmonella Typhi daripada pusat jagaan kanak-kanak, tadika, sekolah dan tempat kerja. Pastikan kelulusan untuk kembali bertugas telah mendapat pengesahan doktor terlebih dahulu.
  • Pengusaha makanan komersial atau mereka yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak atau penjagaan kesihatan hanya dibenarkan kembali bertugas selepas disahkan sihat/diluluskan oleh doktor.
  • Pesakit demam kepialu tidak harus mengendalikan makanan untuk orang lain kecuali disahkan sihat atau bebas penyakit oleh doktor.
  • Suntikan vaksin boleh diperoleh daripada doktor. Namun, suntikan vaksin tidak berkesan sepenuhnya. Jadi, pastikan anda berwaspada ketika makan dan minum.
  • Elakkan makanan atau minuman yang berisiko tinggi. Hanya minum air yang telah dimasak/dirawat/minuman botol tanpa ais. Langkah ini juga boleh mencegah risiko penyakit lain yang tersebar melalui makanan.
  • Pastikan tangan sentiasa dibasuh selepas menggunakan tandas dan sebelum makan, minum atau merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *