(SEMASA) Domino’s Pizza Melancarkan Piza Puff Crust Baru dan Pencuci Mulut Lazat  

photo-1SELANGOR, 9 November 2016 – Sama ada sajian ringan, pedas atau manis, Domino’s Pizza menawarkan segalanya dengan pelancaran produk terbaru dalam menunya. Didorong oleh semangat inovasi, pilihan terbaru yang diperkenalkan kepada pelanggannya mencerminkan dedikasi Domino’s untuk menghidangkan sajian yang kreatif, luar biasa dan lazat.

photo-2Piza Puff Crust Domino’s Pizza benar-benar unik kerana ia merupakan piza berkulit pastri lapis segi empat pertama yang dicipta dan diperkenalkan oleh restoran perkhidmatan pantas di Malaysia. Kombinasi ratusan lapisan mentega yang dibalut dalam ratusan lapisan helaian pastri lapis yang ringan dan kemudian dibakar sempurna sehingga rangup dan berwarna perang keemasan, menghasilkan kulit piza yang tersendiri. Pelanggan pasti tidak melupakan pengalaman menikmati piza ini!

Dihasilkan untuk dipadankan dengan inti daging lembu dan tuna yang merupakan kegemaran ramai, Piza Puff Crust daripada Domino’s disediakan dalam dua perisa baru hebat – Fiery Beef Diavola dan Sriracha Tuna.

Memenuhi citarasa lazim rakyat Malaysia, piza baru ini sesuai dengan trend makanan fusion masa kini dan menyerlahkan lagi semua perisa. Fiery Beef Diavola menggunakan sosej daging lembu Sepanyol yang dijamin halal, bawang, cendawan, bayam kecil dan tomato ceri di atas dasar sos sriracha yang pedas, ditambah sedikit serbuk sriracha. Turut menandinginya dari segi kepedasan ialah Sriracha Tuna yang menggunakan dasar sos sriracha, dengan inti ketulan tuna, bawang, nenas, cili merah dan sedikit ketumbar. Puri cili sos sriracha yang pedas diperbuat daripada jalapeño segar dan lada Serrano yang diadun dengan herba dan rempah menambah kepedasan rasa, digandingkan dengan kulit pastri lapis yang garing menghasilkan cita rasa gourmet yang lazat lagi unik.

Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Kami teruja untuk memperkenalkan piza berkulit pastri yang unik ini kepada pelanggan kami. Piza Puff Crust melambangkan perjalanan kami bersama para pelanggan kami. Selama ini, kami telah berkembang maju untuk menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia dan piza memang terkenal sebagai makanan yang dinikmati semasa pertemuan rakan dan ahli keluarga untuk mencipta detik dan pengalaman yang amat bermakna. Perkenalan kulit piza terbaru memberi pelanggan satu lagi pilihan lazat dalam menu.”

“Penciptaan Piza Puff Crust Domino’s telah mengambil masa enam bulan, demi memilih dengan teliti ramuan terbaik yang sesuai untuk profil cita rasa pelanggan kami dan untuk menguasai seni mencipta pastri lapis dengan sempurna. Proses ini sememangnya rumit tetapi tetap dilakukan kerana dedikasi kami kepada pelanggan kami untuk menawarkan hidangan mewah demi meningkatkan pengalaman mereka semasa menikmati piza,” ujar Shamsul.

Kombinasi pastri lapis klasik Perancis bersama inti sentuhan Sepanyol dan sos sriracha mencetus keserasian cita rasa antarabangsa yang luar biasa. Tambahan lagi, dengan memperkenalkan kulit piza terbaru, pelanggan boleh menikmati piza kegemaran mereka dengan lebih banyak cara. Para pelangan boleh memilih inti piza kegemaran mereka dan menggabungkannya dengan Puff Crust baru, untuk mencipta sendiri kombinasi cita rasa yang berlainan.

Di luar kelaziman, Piza Puff Crust disajikan dalam bentuk segi empat, dengan kotak piza yang direka khas. Kulit piza baru ini disediakan dalam semua perasa dan boleh didapati dalam dua saiz, sederhana dan besar, mulai 14 November. Caj tambahan sebanyak RM5 untuk piza biasa dan RM7 untuk yang besar dikenakan.

photo-3Pelancaran kulit piza baru ini dilakukan serentak dengan pengenalan Kek Lava Coklat Mentega Kacang yang baru. Inti coklat hitam yang enak dan mentega kacang berlemak yang menambat selera, menjadikan manisan ini pencuci mulut yang sempurna untuk mengakhiri jamuan. Pelanggan boleh menikmati pencuci mulut menyelerakan ini pada harga tambahan RM7.00 setiap satu dengan pembelian piza peribadi minimum atau RM13.50 apabila mereka membeli mana-mana dua Kek Lava Coklat Mentega Kacang atau Kek Lava Coklat.

Di samping itu, dengan Domino’s 2 Pizza Deals, pelanggan boleh memilih 2 piza Biasa pada harga hanya RM30.00 manakala tawaran 2 piza Besar boleh didapati daripada harga RM50.00. Tambahan lagi, set 2 piza Ekstra Besar boleh dinikmati pada harga hanya RM70, tertakluk kepada terma dan syarat. Penggemar piza juga mempunyai pelbagai pilihan dengan tawaran 29 piza istimewa untuk dicuba.

Untuk maklumat lanjut tentang Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang sedang dijalankan, kunjungi kami di http://www.dominos.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *