(SEMASA) DOWNY DAN SCHA ALYAHYA MEMBERI INSPIRASI KEPADA WANITA MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN KEANGGUNAN #NEVERFADE SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, Mac 16, 2017 – Downy, pelembut fabrik global terkemuka1, meraikan semangat kental dan kualiti berkekalan wanita Malaysia pada Hari Wanita Antarabangsa dengan pelancaran Downy Parfum Collection™ yang baharu dan dipertingkatkan. Inovasi ini daripada Procter & Gamble (P&G) menawarkan keharuman yang berpanjangan untuk fabrik, dicipta khas untuk kaum wanita yang kekal anggun #NeverFade.

Duta Downy #NeverFade, Scha Alyahya, menerajui kempen ini di Malaysia untuk menggalakkan wanita perkasa untuk memperkasakan lebih ramai wanita. Acara gala sensasi ini juga memaparkan wanita Downy #NeverFade terkemuka, Daphne Iking-Azmi, Deborah Henry, Nurita Harith dan Sharifah Sakinah. Mereka disertai wanita Downy #NeverFade terkemuka Asia Tenggara, Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach di Filipina, Araya “Chompoo” Hargate di Negara Thai dan Miss Vietnam 2012 Dang Thu Thao melalui siaran secara langsung di Malaysia, Filipina, Singapura, Negara Thai dan Vietnam.

“Saya begitu berbangga kerana dapat bersama Downy sebagai duta jenama untuk kempen #NeverFade di Malaysia. ‘Never Fade’ adalah mengenai semangat mengiktiraf dan memupuk sifat-sifat dalam diri kita sendiri, untuk membolehkan kita menghadapi cabaran dan juga memberi inspirasi kepada orang lain. Ia juga merupakan cogankata yang saya bawa bersama diri saya sepanjang hidup saya, mantera yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus memberikan yang terbaik dalan industri hiburan selama lebih sepuluh tahun. Bersama-sama dengan Downy, saya berharap untuk mencetuskan keyakinan lebih ramai wanita Malaysia dan memperkasakan mereka untuk meninggalkan kesan yang positif dalam dunia ini,” kata duta jenama Downy, Scha Alyahya.

Direka untuk menepati pelbagai personaliti dan ciri wanita Asia Tenggara, Parfum Collection™ baharu Downy bercirikan rumusan wangian-wangian induk sofistikated yang dipertingkatkan: Mystique, Passion, Romance dan Fusion, serta wangian Daring baharu yang aromatik dan mewah.

“Kesemua wangian dalam koleksi baharu ini telah dipertingkatkan untuk menawarkan keamatan tertinggi minyak wangian premium dan teknologi Kapsul Wangian duaan terunggul dalam sejarah Downy di Asia. Rumusan baharu ini meningkatkan karektor wangian dan daya ketahanan haruman bagi memastikan kesegaran berpanjangan yang dibebaskan hanya dengan menggosok fabrik. Bertindak secara bersama, minyak wangian premium lebih pekat dan Kapsul Wangian memberikan pakaian anda keharuman berkekalan yang tahan lebih lama daripada wangian mewah yang mahal*,” kata Samuel Yau, Ketua Kategori Negara bagi Malaysia, Singapura & Brunei, Penjagaan Fabrik.

Acara ini juga melancarkan Koleksi #NeverFade oleh pereka fesyen anugerah Malaysia, Nurita Harith. Koleksi ini mempamerkan 12 reka bentuk dengan estetik yang feminin serta berani, diilhamkan oleh kualiti berkekalan wanita Malaysia. Dendangan Ikut Rentakku oleh penyanyi wanita Malaysia Jaclyn Victor turut memeriahkan sambutan dan menyediakan latar belakang yang sempurna untuk pertunjukan fesyen koleksi #NeverFade, yang berkemuncak dengan konfetti.

Mohamed Ismail, Naib Presiden P&G Asia Penjagaan Fabrik berkata, “Wanita Downy adalah anggun di dalam dan di luar. Kami meraikan semangat beliau yang tidak pernah pudar dan keanggunan  berkekalan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Hari ini juga menandakan satu lagi detik bersejarah dalam kategori pelembut dan pewangi fabrik premium dengan pelancaran Downy Parfum Collection™ baharu dan dipertingkatkan. Ia adalah wangian berkekalan untuk fabrik khas bagi wanita yang ingin mengekalkan keanggunan mereka. Kami yakin bahawa Parfum Collection™ Downy yang baharu dan dipertingkatkan dengan rumusan wangian terulung kami akan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian serta rutin harian beliau ke satu tahap sensasi yang belum pernah dialami.”

“Kami berbangga dan terharu kerana dapat bekerjasama dengan Scha Alyahya, Daphne Iking, Deborah Henry, Nurita Harith dan Sharifah Sakinah kerana mereka benar-benar menjiwai erti keanggunan berkekalan #NeverFade. Kami berhasrat menggalakkan lebih ramai wanita untuk terus mengejar impian mereka serta mengekalkan keanggunan mereka,” tambah Mohamed Ismail.

Downy Parfum Collection™ baharu kini dijual di pelbagai kedai di seluruh negara. Ikuti perkembangannya di www.facebook.com/DownyMY, di Instagram @downymalaysia, #Downy dan #NeverFade bermula dari 8 Mac 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *