(SEMASA) eCurve Mempersembahkan… The Greatest Showman!

PETALING JAYA, 6 Disember 2017– Persembahan sarkas bakal tiba bagi memeriahkan sambutan Krismas tahun ini! Dengan musim perayaan yang semakin hampir, eCurve dengan kerjasama Twentieth Century Fox Malaysia dan mmCineplexes bakal mempersembahkan keseronokan, kegirangan dan pengalaman yang mempesonakan kepada pelanggan-pelanggan setianya menerusi kempen Krismas yang diinspirasikan dari filem drama muzikal yang bakal ditayangkan, The Greatest Showman.

Bermula 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018, kempen selama sebulan itu akan memperlihatkan Centre Atrium eCurve berubah menjadi sebuah pentas sarkas vintaj yang diserlahkan dengan rona warna merah, ungu dan merah jambu. Hiasan reben dan gerbang lebar yang menyerupai khemah sarkas “big top” menambahkan lagi kemeriahan suasana bagaikan sebuah karnival dengan pelbagai persembahan menarik yang menanti pengunjung.

Pelbagai aksi menakjubkan bakal menghiburkan pengunjung sepanjang kempen ini berlangsung! Para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan bakat-bakat unik  dan persembahan mengagumkan dari Wanita Bermisai (Bearded Lady) serta aksi keberanian para penari akrobatik dan ahli roda Cyr.

Persembahan penari yang anggun menawan serta pertunjukan silap mata juga bakal menanti pengunjung!

Persembahan-persembahan itu akan berlangsung pada setiap hujung minggu dan Cuti Umum pada pukul 3.30 petang dan 6.00 petang sepanjang tempoh kempen.

Azizul Hisham, Pengurus Kompleks eCurve berkata: “Perayaan Krismas sentiasa menzahirkan rasa kegirangan dan penuh harapan, tidak kira bagi golongan tua mahupun muda, samalah juga seperti sebuah persembahan sarkas! Oleh itu, bersempena kempen Krismas pada tahun ini, eCurve berbesar hati untuk bekerjasama dengan Twentieth Century Fox Malaysia dan mmCineplexes untuk membawakan sebuah persembahan yang lain daripada lain kepada para pengunjung di pusat beli-belah ini. Kami berharap mereka akan teruja sempena sambutan musim perayaan Krismas hujung tahun ini di eCurve!”

Bagi meraikan musim perayaan ini, para pelanggan layak menebus sebuah Cawan Merry Go yang eksklusif apabila berbelanja minimum RM200 dalam dua resit maksimum. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Selain itu, para pengunjung eCurve juga boleh menonton filem The Greatest Showman yang dibintangi pelakon terkemuka Hollywood, Hugh Jackman, Zac Efron dan Zendaya di pawagam mmCineplexes yang akan mula ditayangkan pada 28 Disember 2017.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Krismas eCurve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277 atau layari laman web www.ecurve.my atau Facebook www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *