(SEMASA) eCurve Raikan Kanak-Kanak dari House of Love dengan Pertunjukan Mempersonakan Sempena Krismas

 

PETALING JAYA, 18 Disember 2017 – Cuti Krismas bakal tiba tidak lama lagi. Bagi meraikan semangat perayaan ini, eCurve baru-baru ini bekerjasama dengan Twentieth Century Fox Malaysia dan mmCineplexes untuk berkongsi kegembiraan dengan sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari House of Love, Klang melalui program yang penuh keriangan dan gelak tawa.

Ketibaan 20 kanak-kanak bersama-sama penjaga mereka disambut mesra oleh kakitangan eCurve. Bagi memulakan acara, kanak-kanak berkenaan dihiburkan dengan permainan laser tag yang menyeronokkan dan penuh saingan di Laser Warzone.

Tetamu-tetamu istimewa kemudiannya dibawa ke Centre Atrium pusat beli-belah eCurve yang lengkap dengan suasana seakan-akan sebuah karnival, seiring dengan kempen Krismas eCurve, The Greatest Showman.  Di bawah ‘big top’ yang berwarna-warni, sebuah pentas sarkas klasik menarik perhatian si kecil. Gerbang dan riben yang mengelilingi kawasan Centre Atrium menambah kemeriahan suasana perayaan dan membuatkan mereka tidak sabar menantikan persembahan muzikal The Greatest Showman untuk bermula.

Keterujaan mereka jelas dilihat apabila pengacara gelanggang sarkas membuat penampilan di pentas bagi menandakan permulaan acara utama pada hari tersebut. Persembahan menarik yang dilengkapi dengan aksi hebat oleh penghibur-penghibur sarkas tersebut telah menambah keseronokan tetamu-tetamu khas ini. Daripada aksi berani penghibur roda cyr kepada gerakan mempesonakan penari balet, tidak dilupakan juga ilusi ahli silap mata dan persembahan dramatik oleh Wanita Berjanggut (Bearded Lady), jelas kelihatan penghuni House of Love berseronok sepanjang persembahan berkenaan.

Azizul Hisham, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Kami amat berbesar hati melihat senyuman yang terpancar di wajah kanak-kanak yang hadir pada hari ini. Persembahan sarkas sentiasa mewujudkan rasa kagum dikalangan penonton dan memberi daya imaginasi, terutamanya kepada kanak-kanak. Memandangkan Krismas merupakan waktu yang penuh dengan kegembiraan, kami amat gembira kerana dapat memainkan peranan dalam membawakan secebis keseronokan kepada tetamu istimewa kita hari ini.”

Acara diakhiri dengan penuh keriangan apabila kanak-kanak tersebut dihadiahkan dengan beg cenderahati, sumbangan eCurve. Hari yang penuh dengan aktiviti tersebut ditutup tirai dengan hidangan enak ayam panggang, ditaja bersama oleh restoran terbaharu di eCurve, Galito’s.

Kempen Krismas eCurve berlangsung dari 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018. Para pengunjung pusat beli-belah berkenaan pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan secara langsung yang diadakan dua kali sehari pada setiap hujung minggu dan cuti umum. Selain itu, pastikan anda menonton filem The Greatest Showman yang akan ditayangkan pada 28 Disember 2017 di mmCineplexes.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM200 dalam maksimum dua resit layak untuk menebus sebuah cawan Merry Go eksklusif. Semua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Krismas eCurve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *