(SEMASA) Fair & Lovely membolehkan kaum wanita menggapai impian dengan cara tersendiri dengan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF 15

06

Jenama krim pencerah dan penjagaan kulit nombor 1 di Malaysia1, Fair & Lovely telah memperkenalkan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang menjanjikan perlindungan daripada sinaran cahaya matahari. Kaum wanita kini dapat tampil lebih yakin apabila melangkah keluar untuk mengejar impian mereka.

Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 diperkaya dengan multi vitamin kompleks yang bukan sahaja melembapkan kulit tetapi turut mencerah, serta mengurangkan kecelaan dan tona kulit tidak sekata. Selain daripada vitamin, krim ini mengandungi SPF15 yang bertindak memastikan kulit anda sentiasa dilindungi daripada pancaran sinar UV yang berbahaya.  Buat pertama kalinya, para pengguna boleh mendapatkan kulit yang cerah bagaikan rawatan pakar2. Menggabungkan vitamin B3, C dan E, krim ini membantu wanita menangani 6 masalah kecerahan wajah:

                     i.            Kecelaan kulit bagaikan rawatan laser

                   ii.            Kulit perang bagaikan rawatan melicinkan kulit

                  iii.            Kulit kusam bagaikan rawatan pengelupasan

                 iv.            Lingkaran bawah mata bagaikan rawatan antioksiden

                   v.            Pencerahan kulit bagaikan masker bervitamin

                 vi.            Kecerahan dilindungi daripada sinaran matahari

 Print

Fair & Lovely juga telah melancarkan program berjudul Impian Suria Fair & Lovely yang akan disiarkan selama 6 minggu di TV3. Program ini memaparkan tentang Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri dan mengejar impian masing-masing. Program ini mengetengahkan tiga orang personaliti yang ceria dan periang. Mereka adalah Erin Malek, pelakon yang sinarnya semakin meningkat naik, Daiyan Trisha, seorang penulis lagu dan penyanyi yang sudah melangkah jauh dan personaliti YouTube serta Shazreen Fazlynda, seorang gadis kreatif yang menulis skrip, berlakon serta menghasilkan filem pendek beliau sendiri.   Program Impian Suria Fair & Lovely ini menceritakan tentang tiga orang gadis berbakat yang mengembara ke enam buah negeri di Malaysia. Program Impian Suria Fair & Lovely akan disiarkan pada setiap Rabu jam 5.00 petang bermula pada 13 Ogos sehingga 17 September 2014 di TV3.

Erin Malek, pelakon muda yang juga pemenang Fear Factor Malaysia musim kedua berkata, “Saya sudah lama mengimpikan untuk mereka dan memiliki jenama fesyen sendiri. Jenama fesyen yang saya impikan berunsurkan pakaian warisan Malaysia dan ingin memasarkannya secara global.   Sepanjang mengembara ke serata negeri di Malaysia, saya banyak mempelajari budaya masyarakat kita dan gaya fesyennya. Saya mendapat ilham sewaktu melawat kedai khas yang menjual pakaian tradisional di Jonker Street di Melaka, dan melihat pelbagai jenis aksessori di Rembau Crystal di Negeri Sembilan. Walaupun berdepan dengan cuaca panas terik, itu bukan penghalang bagi saya. Tambahan pula, sebagai seorang pelakon, tona kulit wajah adalah penting kerana saya perlu tampil berkeyakinan sepanjang masa.  Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 benar-benar membantu saya mengejar impian dan meningkatkan keyakinan saya. Kini, saya lebih bersemangat dan berazam untuk merealisasikan impian untuk menjadi pereka fesyen pada masa hadapan.”

Kempen Impian Suria Fair & Lovely bertujuan memberikan kaum wanita untuk memperoleh keyakinan diri yang diperlukan untuk mereka mencapai impian. Bagi gadis periang seperti Daiyan Trisha, seorang penulis lagu dan penyanyi yang semakin dikenali, pelakon dan pengguna laman sosial yang diminati ramai ini menyimpan hasrat untuk membuat persembahan di khalayak ramai namun cepat gugup. Inspirasi lagu yang diperoleh datang daripada pengembaraannya, namun beliau sering merasakan kulit wajahnya menjadi kusam akibat terlalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Semuanya berubah dengan Impian Suria Fair & Lovely.

“Saya memulakan kerjaya dengan memuat naik video nyanyian saya di YouTube. Lama kelamaan, video-video tersebut mula mendapat perhatian ramai. Walaupun saya suka menyanyi dan membuat persembahan, saya tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyi secara spontan dan terbuka di khalayak ramai. Setelah menyertai Impian Suria Fair & Lovely dan mengembara bersama Erin dan Shazleen, barulah saya mempelajari dan memperoleh kekuatan untuk keluar dari zon selesa dan meningkatkan keyakinan diri saya. Sekarang, saya boleh membuat persembahan di mana sahaja, dan pada bila-bila masa,” kata Daiyan Trisha dengan nada cukup teruja.

Buat Shazreen Fazlynda yang ingin menjadi seorang pengarah filem pula berkata, “Video-video saya di YouTube sering mengetengahkan mesej daripada isu-isu semasa. Untuk mencapai impian, saya perlu berjumpa dengan ramai orang untuk mengetahui tentang kisah hidup mereka sebagai ilham untuk cerita saya. Saya rasa cukup bertuah kerana dapat mengenali Erin dan Daiyan melalui sesi pengembaraan kami. Mereka mengajar saya erti kekuatan dan membantu saya menjadi lebih yakin dalam pergaulan. Sebelum ini, saya tidak pernah menganggap kepentingan kulit wajah adalah sesuatu yang serius sehinggalah saya menyertai Program Impian Suria Fair & Lovely. Erin turut memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15. Kini, saya tidak perlu risau lagi tentang tona kulit wajah yang tidak sekata kerana saya menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15.”

“Sejak 1993, kami memberikan sepenuh komitmen dalam memberi inspirasi kepada hidup kaum wanita melalui kecantikan. Fair & Lovely telah berjanji bahawa kaum wanita kini dapat mencipta hala tuju hidup mereka melalui keyakinan dan kekuatan dalaman yang diperolehi daripada wajah yang cerah dan berseri. Dengan menggunakan Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15, kini kulit wajah kaum wanita dijamin kekal cerah berseri dan dilindungi daripada sinaran terik matahari,” kata Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever Malaysia.

Fair & Lovely merupakan satu jenama warisan yang dipercayai wanita di Malaysia sejak beberapa generasi lagi. Ia terus kekal mendahului dalam segmen krim pencerah dan pelembap wajah. Intipati jenama Fair & Lovely iaitu ‘Mencipta semula hala tuju kehidupan’ memainkan peranan penting dan menambat perhatian ramai wanita menerusi kehadirannya di lebih 30 negara. Hari ini, 250 juta pengguna di seluruh dunia kekal bersama Fair & Lovely sebagai satu jenama yang berpegang teguh dan percaya kepada ‘kecantikan sebagai kuasa sebenar wanita untuk mengubah hala tuju mereka.’

Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Baharu dengan SPF15 kini hadir dalam bentuk tiub pam yang direka untuk memudahkan penggunaannya. Ia berharga RM10.90 (50g) dan kini boleh didapati di semua semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Fair & Lovely, layari www.facebook.com/fairandlovelymalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *