(SEMASA) FASHIONVALET MELANCARKAN KOLEKSI PENYANYI INDONESIA, AFGAN, AREZ. CO.

Sebagai platform e-dagang popular di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita dan baru-baru ini pakaian lelaki dari jenama tempatan seperti Pestle & Mortar, Bowerhaus, Lan Baharin, FattahAminxFar8, Cape Cod, East India Company dan pelbagai lagi, adalah menjadi sebuah penghormatan buat FashionValet untuk mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza.

Diberi nama Arez. Co., jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil dari nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini. Peminat merupakan sebahagian dari hidupnya sepanjang proses kreatif jenama beliau.

“Saya sentiasa memikirkan tentang para peminat saya sepanjang melaksanakan  koleksi ini,”ujar Afgan.

Jenama ini memberi fokus kepada penghasilan barangan yang unik dan berkualiti tinggi bermula dengan koleksi pakaian. Dengan itu, Arez. Co. telah disokong oleh pasukan kreatif yang mampu menterjemahkan idea Afgan kepada barangan unik.

Penggunaan kapas buluh digunakan dalam koleksi ini dan logo ‘signature’ berbentuk kaca mata diperlihatkan sebagai perlambangan tanda untuk koleksi Afgan.

Koleksi Arez. Co. memperlihatkan kebanyakkan kemeja T dengan tema kasual dan santai. kemeja T ‘unisex’ ini boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan. Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu kurang dari RM150 setiap helai. Koleksi Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu,hitam dan putih) dengan tujuan untuk sesuaipadankan dengan kepelbagaian dari denim ke seluar slack. Koleksi-koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di www.fashionvalet.com dan di kedai rangkaian mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.

Ini bukan merupakan kerjasama pertama antara FashionValet dan penyanyi tersebut. Sebelum ini FashionValet pernah menjadi penaja utama konsert Afgan yang berlangsung di Singapura pada 20 November 2016.

“Pihak kami bertemu Afgan sewaktu konsertnya tahun lalu dan mempunyai koleksi pakaiannya di platform kami merupakan kesinambungan perhubungan yang menarik antara beliau dan FashionValet. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati dengan pemilihannya untuk pihak FashionValet melancarkan dan mempamerkan jenamanya secara eksklusif,” komen Vivy Yusof selaku pengasas bersama FashionValet. “Kami memasarkan koleksi ini ke seluruh dunia dan bukan hanya untuk peminat di rantau ini,” tambahnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *