(SEMASA) GABUNGAN RASA KEGEMARAN RAMAI- DIBAWAKAN OLEH KFC

Spread the love

picture-1

KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER 2016 – Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, KFC memperkenal sarapan yang menyatukan ayam Original Recipe kegemaran ramai bersama kuah Rendang yang sesuai untuk rakyat Malaysia.

Rendang merupakan sajian popular yang sering dinikmati ketika musim perayaan di seluruh Malaysia. Kini anda boleh menikmati sarapan istimewa ini setiap hari di semua restoran Sarapan KFC daripada hanya RM6.90*!

Classic Rice Rendang menyatukan dua makanan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu ayam Original Recipe KFC bersama kuah Rendang menjadikannya satu hidangan sarapan yang lazat, amat bersesuaian dengan slogannya, “Gabungan Rasa, Kegemaran Ramai!”

“Daripada serendah RM6.90*, Classic Rice Rendang KFC ini menggabungkan dua rasa popular; ayam Original Recipe KFC dan kuah rendang, menjadikannya satu hidangan sarapan buat semua rakyat Malaysia! Dipadankan bersama Colonel Rice KFC, sajian ini sangat bernilai dan anda pasti tidak mahu melepaskannya, ia sungguh klasik,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

Classic Rice Rendang KFC ini boleh didapati dengan pilihan kombo satu atau dua ketul ayam Original Recipe. Untuk tawaran Weekday Treats, satu Classic Rice Rendang hanya bernilai RM6.90*, didatangi bersama seketul ayam Original Recipe, Colonel Rice, telur goreng dan pilihan samada kopi atau teh. Bagi set kombo, dengan tambahan satu hash brown hanya berharga RM9.90*. Manakala Classic Rice Rendang bersama dua ketul ayam bagi Weekday Treats dan kombo boleh didapati dengan harga yang sangat bernilai, RM9.90* dan RM12.90* setiap satu.

Kini boleh didapati untuk waktu yang terhad sahaja, dapatkan Sarapan KFC anda di 246 restoran KFC terpilih seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.kfc.com.my

 

 

Nota:

*Harga jualan tertakluk pada lokasi


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *