(SEMASA) GALERI ARIANI DISEGARKAN DENGAN KEHARUMAN BERPANJANGAN COMFORT YANG MENJANJIKAN PENAMPILAN WANITA SOFISTIKATED

Spread the love

ArianiComfort KV

Butik eksklusif fesyen terkemuka, Galeri Ariani yang terkenal dengan rekaan tudung yang kreatif dan sofistikated, buat kali pertama akan bekerjasama dengan Comfort, peneraju jenama pelembut fabrik dunia. Jalinan kerjasama antara Ariani dan Comfort adalah bertujuan untuk menampilkan golongan wanita dengan keyakinan diri kerana kini, busana fesyen hijab Ariani telah didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.

page

“Kami berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu peneraju jenama pelembut fabrik terkenal dunia yang bakal memberi kepuasan tinggi kepada pelanggan-pelanggan kami yang yakin akan kualiti rangkaian tudung dan selendang Ariani yang berpremium tinggi. Ariani mengetengahkan koleksi moden, elegan serta sopan, disulam dengan rekaan berinovasi tinggi. Busana tudung Galeri Ariani juga direka dengan kualiti fabrik yang terbaik bagi memastikan pelanggan tampil bergaya dengan koleksi tudung kami.

Melalui kerjasama ini, koleksi tudung Ariani yang disegarkan dengan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus fesyen terkini. Kami bangga bekerjasama dengan Comfort yang menitikberatkan kualiti tinggi seiring dengan kami. Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan tudung kami agar pelanggan-pelanggan kami tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” kata Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.

Melalui jalinan kerjasama ini, setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan penjagaan fabrik yang terbaik, iaitu melalui penggunaan Comfort Ultra, pelembut fabrik pekat yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan. Pelembut fabrik Comfort Ultra, dengan teknologi NCAP, melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh di samping memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari.

“Fesyen hijab bagi generasi wanita kini direka untuk menampilkan keperibadian masing-masing di samping mengekalkan kesopanan dalam setiap rekaan. Sebagai peneraju pasaran busana Muslimah,  rangkaian tudung dan selendang Ariani memberi inspirasi kepada golongan wanita agar tampil bergaya dan Comfort merasa gembira untuk bekerjasama dengan jenama Ariani bagi menawarkan pakej lengkap – fesyen yang disegarkan dengan haruman, satu inovasi yang masih baru dalam dunia fesyen hari ini. Saya pasti rangkaian tudung dan selendang Ariani dengan kesegaran dan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal menjadi kegemaran ramai terutamanya di kalangan wanita yang meminati fesyen hijab,” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Di majlis pelancaran tersebut, rakan-rakan media berpeluang menyaksikan demonstrasi penjagaan fabrik dengan tudung hijab Ariani yang harum bersama duta jenama Ariani, Belly Dally dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Turut serta bersama mereka adalah Shazreen Fazlynda, seorang Youtuber popular serta perunding imej hijab, Emi Idura. Belly Dally dan Shazreen juga telah memperkenalkan video berunsur jenaka yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi oleh pemakai hijab dalam menentang bau yang tidak menyenangkan. Video ini boleh ditonton menerusi laman sosial Facebook Ariani dan Comfort, saluran penjagaan rumah Youtube Unilever Malaysia dan saluran Youtube Shazreen Fazlynda: www.youtube.com/user/pinkmarbless.

Sebagai permulaan, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.

Discount voucher KV

Bagi memberikan pengalaman yang lebih indah, pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.

Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *