(SEMASA) GANDAKAN KEPUASAN DENGAN KFC CHEEZY ONION CRUNCH

Spread the love

picture-1

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2016 – Khas buat penggemar keju, KFC Malaysia menawarkan sos istimewa Cheezy Onion Crunch untuk dihidangkan bersama ayam KFC kegemaran ramai. Gabungan sempurna diantara keju dan bawang pasti akan merangsang selera anda dengan perisa diluar jangkaan.

picture-5Tawaran masa terhad baharu ini menjanjikan kepuasan berganda dengan ayam KFC Hot & Spicy bersama sos istimewa keju & bawang berkrim yang padat berperisa untuk anda nikmati, daripada serendah RM12.50!

“Produk terbaru ini merupakan gabungan perisa keju dan bawang, begitu sempurna apabila dipadan pasti membangkitkan aroma rasa yang menyelerakan. Sedapnya hingga menjilat jari dan mampu membuat anda terpukau dengan kelazatan gabungan sos keju dan bawang berkrim bersama kerangupan ayam Hot & Spicy kami, kesemuanya ditawarkan di dalam kombo pada harga yang sangat bernilai!” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

picture-4KFC Cheezy Onion Crunch boleh didapati di dalam dua kombo pilihan, yang menawarkan 2 ketul ayam Hot & Spicy, sos keju bawang yang lazat berkrim bersama hidangan sampingan terkenal KFC, iaitu coleslaw dan kentang putar serta minuman berkarbonat cuma pada hanya RM12.50. Untuk hidangan yang lebih besar, kombo bersama 5 ketul ayam turut boleh didapati bersama hidangan sampingan KFC pada hanya RM32.50! Pelanggan juga boleh memilih ayam KFC Original Recipe bagi menggantikan ayam Hot & Spicy.

KFC Cheezy Onion Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC bermula daripada 20 September 2016, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *