(SEMASA) GCH RETAIL TANDATANGAN PERJANJIAN UNTUK BEKALAN “TERUS DARI LADANG” DENGAN AGROTO

????????????????????????????????????

Peruncit terbesar Malaysia, GCH Retail Malaysia Sdn Bhd (GCH Retail) telah menandatangani kontrak selama lima tahun untuk bekalan sembilan jenis sayur-sayuran daripada ladang-ladang bersepadu moden di Cameron Highlands.

????????????????????????????????????

Kerjasama untuk bekalan dengan Agroto Sdn Bhd ini akan membolehkan pengguna yang membeli di Giant, Cold Storage Supermarkets, Mercato dan Jasons Food Hall, iaitu empat buah pusat runcit milik GCH Retail, mendapat barangan segar dari ladang pada harga yang lebih rendah.

Bercakap pada majlis pelancaran kerjasama itu, Dato’ Tim Ashdown, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retails berkata, “Sebagai pemilik empat jenama runcit – Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall, kerjasama ini adalah inisiatif strategik yang akan membolehkan kami memberi barangan segar berkualiti tinggi kepada pelanggan kami, terus dari ladang-ladang di Kinta Highlands.”

“Pelanggan kami bukan sahaja mahukan bekalan segar sayur-sayuran, tetapi juga sayur-sayuran yang mempunyai lebih khasiat, lebih segar dan juga selamat untuk dimakan. Permintaan ini akan dipenuhi dengan kerjasama eksklusif kami dengan Agroto dan melalui jenama bersama kami, O’Fresh.”

Sepuluh jenis sayur-sayuran yang diliputi di bawah kontrak bekalan ini adalah kubis, kubis Beijing, tomato cheri dan tomato biasa, cili Capsicum, kyuri (timun Jepun), cili, salad lettuce, salad little gem dan lobak putih. GCH Retail menjangkakan bekalan yang stabil dan boleh dipercayai sepanjang tahun.

Dengan ladang-ladang yang terletak di paras 1,400 meter dari permukaan laut iaitu di kawasan berbukit Kinta Highlands, Agroto mengeluarkan makanan segar yang dihasilkan daripada kedudukan ketinggian serta digabungkan dengan cuaca yang baik di kawasan berkenaan, yang menjadikannya sesuai untuk penanaman sepanjang tahun.

Dato’ Hj Ahmad Shalimin bin Shaffie, Pengerusi Agroto berkata, “Kami menggunakan kombinasi teknik perladangan moden dan konvensional antaranya rumah hijau/perladangan dengan persekitaran terkawal, sistem hidroponik tanpa tanah dan perladangan terbuka konvensional. Pelbagai teknik digunakan untuk mengawal kualiti
hasil ladang dengan lebih baik serta memastikan pulangan yang konsisten dan berterusan.”

“Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Agroto juga membolehkan pemantauan kualiti berterusan ke atas hasil barangan segar selain peningkatan berterusan dibuat untuk meningkatkan kecekapan operasi perladangan, sejajar dengan Amalan Baik Pertanian Global (GAP),” tambah beliau.

Selain daripada harga yang lebih baik sepanjang tahun, perladangan bersepadu dan moden, Agroto memastikan produknya adalah berkualiti tinggi, menawarkan kesegaran dan khasiat yang konsisten yang dikekalkan melalui proses logistik yang teliti.

Pada masa ini, buah-buahan dan sayuran segar merupakan 33 peratus daripada jumlah jualan bulanan gedung-gedung GCH Retail. Dato’ Tim Ashdown berkata, “Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Agroto telah mula membekalkan 1,000 karton sayuran setiap hari ke 40 buah gedung Giant di Malaysia Barat. Kami menjangkakan permintaan akan bertambah dan Agroto akan meningkatkan bekalan dalam bulan-bulan akan datang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini.”

GCH Retail juga menjangkakan kerjasama ini akan menyumbang ke arah mengekalkan kelestarian dengan mengurangkan kesan jejak karbon dengan membawakan barangan segar kepada pelanggan. Apabila mula dipasarkan di semua gedung di Malaysia, buah-buah dan sayuran O’Fresh akan dieksport ke Singapura, Hong Kong dan negara lain yang dalam lingkungan keluarga Dairy Farm.

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd adalah peneraju pasaran dalam industri runcit dan merupakan pemilik Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall. Pada masa ini GCH mengusahakan 150 gedung di seluruh negara. Kami berbangga untuk memberitahu bahawa GCH memberi pekerjaan kepada lebih 13,000 pekerja, dengan 80 peratus daripadanya adalah Bumiputera. GCH berhasrat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dengan pertumbuhan gedung yang kukuh dan stabil dan ia berbangga kerana “Lahir di Malaysia”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *