(SEMASA) GIANT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN BUBUR LAMBUK TERBESAR DI SELURUH NEGARA

????????????????????????????????????

BATU CAVES, 20 Jun 2015 – Peruncit terbesar di Malaysia GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, telah melancarkan Giant Tautan Kasih Ramadhan hari ini, satu program tanggungjawab sosial korporat bersempena bulan Ramadhan yang mulia untuk berkongsi kegembiraan dan membantu bagi yang memerlukan.

????????????????????????????????????

Program amal selama sebulan ini bakal melibatkan memasak dan pengagihan bubur tradisi enak iaitu bubur lambuk, di enam pasar raya besar diseluruh negara termasuk Sarawak, kepada pelanggan, pejalan kaki dan ahli komuniti yang memerlukan. Hasil kerjasama bersama RTM, program ini bakal menyebarkan kegembiraan kepada anak-anak yatim dan rumah Asnaf bagi membantu menyumbang makanan dan barang keperluan isi rumah yang lain dalam semangat Ramadhan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato’ Sri Hasan bin Malek, telah meminjamkan kemahiran memasaknya untuk pelancaran program secara rasminya di Giant Hypermarket Batu Caves hari ini. Dato’ Sri Hasan juga telah memainkan peranan menjadi hos kepada 35 orang kanak-kanak dari Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Megah, Cheras yang dijemput oleh GCH Retail (Malaysia) untuk membeli-belah sempena Ramadhan.

????????????????????????????????????

Ketua Pegawai Eksekutif dari GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Dato’ Tim Ashdown turut turun padang dalam membantu menyediakan 20 periuk bubur lambuk yang pertama dan juga menjadi hos untuk kanak-kanak yang sebahagiannya mengunjungi Giant untuk pertama kali.

Beliau berkata : “Program Giant Tautan Kasih Ramadhan adalah sebahagian daripada program tanggungjawab korporat Giant untuk berbakti kepada komuniti dan menambahkan keseronokan dalam meraikan sambutan istimewa seperti bulan Ramadhan.”

“Kami telah mengedarkan bubur lambuk sepanjang Ramadhan sejak dari 2013 lagi, seperti yang kita tahu bubur lambuk adalah hidangan kegemaran yang dihidangkan kepada orang miskin dan jemaah di masjid-masjid untuk juadah berbuka puasa.”

Bubur lambuk secara tradisinya dimasak oleh orang-orang yang berkumpul di dalam kumpulan yang besar untuk menyediakan hidangan ini bersama-sama. Sebanyak 20 periuk besar bubur telah dipekkan ke dalam 6,000 paket dan diedarkan kepada pelanggan dan pelawat stor tersebut dan juga di hantar ke rumah anak yatim, masjid dan rumah sakit di sekitar.

Orang ramai dijemput untuk hadir ke stor-stor Giant berikut sepanjang Ramadhan bagi mengambil pek bubur lambuk mereka;

Ahad, 21 Jun 2015 Giant Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sabtu, 27 Jun Giant Tampoi, Johor
Sabtu, 4 Julai 2015 Giant Bayan Baru, Penang
Giant Tabuan Jaya, Sarawak
Sabtu, 11 Julai Giant Kuala Terengganu

Melalui bubur pedas yang lazat ini, Giant mendekati pengguna dengan Adabi dan pembekal lain yang mengambil bahagian termasuklah QSR Trading, Buttercup, Saji, Jasmine, Avena, Saudi Gold dan Harmuni.

Untuk maklumat lanjut, layari www.giant.com.my atau ikuti @GiantMalaysia di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *