(SEMASA) GUARDIAN LANCAR KEDAI KONSEP KEDUA DI MID VALLEY MEGAMALL

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2017, KHAMIS: Guardian Malaysia, peneraju dalam perniagaan kesihatan, kecantikan dan farmasi, terus meningkatkan pengalaman pelanggannya ke tahap yang lebih tinggi dengan pembukaan kedai konsepnya yang kedua.

Kedai konsep seluas 3,500 kaki persegi yang berwajah segar dan ceria itu, dilancarkan secara rasminya hari ini. Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, Ms Christina Low berkata: Kami sangat gembira untuk melancarkan kedai konsep kedua kami, hanya enam bulan selepas kedai konsep yang pertama dibuka Oktober lalu di KLCC. Kami percaya pelanggan kami teruja dengan pengalaman baru yang ditawarkan oleh kedai konsep tersebut.”

Terletak di aras satu, Mid Valley, Megamall, kedai konsep tersebut menggabungkan ciri-ciri mesra pelanggan yang tidak ditawarkan oleh mana-mana peruncit lain di rantau ini, satu kelainan yang bertujuan untuk mengukuhkan kelebihan daya saing. Reka bentuk yang baru termasuk pencahayaan yang lebih cerah, pintu masuk dan lorong-lorong yang luas untuk keselesaan membeli-belah.

Ciri-ciri baru yang menarik itu termasuk beberapa konsep kedai-dalam-kedai untuk kosmetik, kesihatan dan farmasi, dan pengenalan kepada rundingan pemeriksaan kesihatan asas dan perkhidmatan kesihatan seperti kawalan tekanan darah, pengurusan berat badan dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok.

Antara konsep kedai-dalam-kedai yang ditawarkan adalah:

  1. Sudut Make Me Up, ruang untuk mencuba solekan
  • Bar warna memberi tumpuan kepada mencari warna bibir yang sesuai manakala terdapat pakar-pakar solekan wajah untuk membantu pelanggan mencari warna solekan yang sesuai untuk wajah mereka.
  • Segment Bay membolehkan pelanggan mendapatkan produk-produk inovatif mengikut kategori (wajah, mata, dan bibir) dan produk kegemaran mereka dengan mudah.
  • Terdapat banyak cermin untuk mencuba produk-produk solekan terkini
  • Dua jurusolek Guardian akan menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin belajar tentang tip-tip solekan dan trend terkini. Pelanggan juga boleh mencuba khidmat solekan pantas 5 minit percuma
  • Makeover percuma (solekan) dengan pembelian alat solek, penanggal solekan, dan peralatan solekan bernilai RM100 ke atas. Sesi makeover hendaklah dibuat menerusi temujanji dengan penasihat kecantikan Guardian.
  • Kaunter peralatan kecantikan merupakan ciri baru yang menampilkan pelbagai alatan kecantikan terkini dari Korea untuk semua pengguna alat solek termasuk golongan profesional.
  1. Kecantikan (penjagaan kulit)
  • Tumpuan utama kategori ini adalah kaunter penjagaan kulit derma antarabangsa. Kaunter baru itu menampilkan:
    1. Pameran produk-produk terbaik. Ini memudahkan pelanggan untuk mengenalpasti produk-produk baru yang terdapat di kedai tersebut beserta sampel untuk dicuba.
    2. Mesin analisa kulit terdapat di dalam kedai, yang merupakan satu kolaborasi untuk membantu pelanggan memahami keperluan kulit mereka dan mendapatkan rejim penjagaan kulit yang betul.
  • Rangkaian penjagaan kulit yang lebih banyak yang eksklusif hanya di Guardian. Sukin, jenama penjagaan kulit #1 Australia dan Skinfood dari Korea boleh didapati secara eksklusif di Guardian.
  • Pengguna penjagaan kulit yang terkini boleh mencuba peralatan kecantikan elektronik Ogawa.
  1. Bahagian Kesihatan
  • Bahagian penjagaan kesihatan meningkatkan pengalaman pengguna dengan navigasi rak yang mudah dan papan tanda yang membolehkan pelanggan mencari produk-produk yang tepat bergantung kepada keperluan mereka.
  • Konsep penjagaan pencegahan dalam kedai baru iaitu konsep 3H1S ‘keadaan penyakit’ – 3 Highs (glukos, tekanan & kolestrol tinggi) & Smoking (langkah untuk berhenti)
  • Perkhidmatan ahli farmasi sepenuh masa juga boleh didapati daripada jam 10 pagi – 10 malam setiap hari. Perkhidmatan termasuk – pemeriksaan kesihatan asas, rundingan, perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk kawalan tekanan darah, pengurusan berat badan dan untuk berhentu merokok.
  1. Penjagaan rambut
  • Tumpuan utama kepada bahagian penjagaan peribadi adalah ruang penjagaan rambut yang merupakan yang pertama untuk Guardian Malaysia. Ruang penjagaan rambut dibahagikan kepada beberapa fungsi untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan. Menekankan kepentingan rejim penjagaan rambut menerusi glorifier untuk mendidik pelanggan tentang rejim penjagaan rambut. Jenama-jenama eksklusif di dalam segmen ini terdiri daripada Petal Fresh dari Amerika Syarikat, Himawari dari Jepun, Around Me dari Korea dan Mades dari Netherlands.

Bersempena dengan pembukaan kedai konsep tersebut, terdapat pelbagai tawaran hebat menanti pelanggan. Tawaran istimewa pembukaan berlangsung pada 18-28 Mei dengan tawaran hebat barangan istimewa selama 4 hari. Untuk pembelian bernilai RM50 dan ke atas, pelbagai hadiah percuma menarik akan diberikan setiap hari mulai hari ini sehingga 28 Mei 2017 manakala sebuah beg Pom Pom akan diberi percuma untuk pembelian bernilai RM150 didalam satu resit, kedua-duanya sementara stok masih ada. Untuk setiap pembelian bernilai RM50 di Guardian Mid Valley, pelanggan akan menerima satu setem. Kumpul enam setem untuk menebus baucer bernilai RM20.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *