(SEMASA) Guardian Memperkenalkan Rangkaian Snek ‘Nature’s Heart’ – “Roasted Nuts” dan “Dried Cranberry” Berkualiti Untuk Snek Yang Berkhasiat Bila-bila Masa dan Di Mana Sahaja

Spread the love

SHAH ALAM, Februari 7, 2017 – Gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, menjemput semua rakyat negara ini untuk mula menikmati snek berkhasiat yang meriangkan di mana sahaja dengan memperkenalkan rangkaian produk “Roasted Nuts” dan “Dried Cranberry” Nature’s HeartNature’s Heart merupakan permulaan Guardian di dalam kategori makanan snek.

 Memilih Snek Yang Lebih Berkhasiat

Kita sering berasa bersalah apabila mengambil snek yang kurang berkhasiat di mana ianya mungkin digoreng; mempunyai garam berlebihan; kandungan kolestrol tidak baik yang tinggi atau menggunakan pengawet serta pewarna makanan.

Tetapi, adakah anda akan terus membiarkan diri berasa bersalah jika ada pilihan lain yang lebih menyihatkan?

Snek yang berkhasiat membekal tenaga kepada kita terutamanya ketika pertengahan hari atau semasa bersenam, serta boleh mengurangkan rasa lapar dan juga menghalang kita daripada makan berlebihan ketika waktu makan[1].

Nature’s Heart, Pilihan Berkhasiat untuk Jantung 

Memperkenalkan Nature’s Heart, rangkaian snek yang ideal untuk dijadikan makanan ringan baik untuk jantung kerana disediakan secara dipanggang atau dikeringkan. Rangkaian snek “Nature’s Heart” mengandungi serat, bebas daripada bahan pengawet dan pewarna tambahan tanpa rasa was-was.

Produk ini terdiri daripada barisan pilihan terbaik “Roasted Almond” (bergaram),Dried Cranberries” dari Amerika Syarikat; “Roasted Cashew Nuts” (bergaram) dari India, “Roasted Macadamia Nuts” (bergaram) dari Australia dan “Roasted Mixed Nuts” yang boleh menarik perhatian ramai. Akan datang, lebih banyak pilihan kekacang dan buahan akan diperkenalkan di dalam rangkaian snek ini.

Rangkaian “Roasted Nuts” dan “Dried Cranberry Nature’s Heart “ini telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pek Yang Direkabentuk Untuk Mudah Dibuka, Mengekalkan Kesegaran dan Mengawal Jumlah Pengambilan

Pengambilan snek sepatutnya mudah dilakukan; boleh dilakukan di mana sahaja dan seharusnya boleh mengawal jumlah pengambilan. Rangkaian Snek Nature’s Heart didatangkan dengan saiz yang berbeza dalam lingkungan pek 60g sehingga 80g; mencukupi untuk dua hidangan. Dibungkus dalam pek yang direkabentuk dengan pembuka berzip dan tingkap berbentuk hati lutsinar yang cantik bagi membolehkan anda melihat kesegaran yang terkandung didalamnya serta dapat mengawal jumlah yang diambil. Anda boleh menutup semula beg berkenaan untuk mengawal jumlah pengambilan dan mengekalkan kesegaran kandungannya.

Pilihlah Kekacang!

Ramai penyelidik mendapati mereka yang makan kekacang secukupnya setiap hari akan hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak memakannya dalam tempoh 30 tahun (kajian[2]). Anda tunggu apa lagi? Amalkanlah pengambilan kekacang untuk mendapatkan khasiatnya!

                                                                  Nature’s Heart Di Alam Digital                                                                         

Selari dengan kehendak pengguna digital yang gemar mengkaji snek pilihan, maka segala maklumat dan fakta yang baik berkaitan dengan rangkaian snek “Nature Heart” ini boleh dilayari di laman sesawang www.natureheatfood.com.

Pengarah Kesihatan & Kecantikan Dairy Farm Company Limited, Segolene Defline berkata, “Kita makan snek. Objektifnya ialah untuk makan snek yang berkhasiat dan berkualiti. Guardian memperkenalkan rangkaian snek Nature’s Heart dengan memfokuskan kepada kekacang dan buahan kering yang berkhasiat  dan enak dimakan. Kami memilih kualiti yang terbaik agar anda berpuas hati.Anda boleh menikmatinya tanpa rasa was-was dan boleh layari laman web kami untuk  mendapatkan lebih banyak maklumat.

Seiring dengan pengenalan Nature’s Heart, Guardian akan bekerjasama dengan pakar diet, Joanne Chan untuk mendidik dan menggalakkan lebih ramai pengguna mengamalkan cara hidup yang lebih baik dan sihat.

Jadi Bijak – Fakta-fakta Menyeronokkan

Menurut kajian, memakan “Almond” akan menambah jumlah vitamin E dalam plasma dan sel darah merah selain merendahkan tahap kolestrol[3].

 “Cashew Nuts” dipenuhi dengan vitamin E, K and B6 selain mineral seperti fosforus, zink, magnesium dan besi yang penting untuk tubuh menjalankan dan menjaga fungsinya dengan baik. Kajian juga menunjukkan kekacang seperti gajus dapat merendahkan tekanan darah dan tahap kolestrol[4]. Gajus juga mengandungi arginine[5].

 “Macadamia Nuts” pula mengandungi lemak baik yang tinggi. Berdasarkan kajian, kacang Macadamia merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak monotaktepu[6].

Sementara “Dried Cranberry” pula mempunyai kalori yang rendah[7]. Kajian menunjukkan kranberi boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi[8].

Harga dan Jualan

Harga cadagan untuk Nature’s Heart Roasted Almonds (Bergaram) 70g dan Nature’s Heart Roasted Cashew Nuts (Bergaram)70g ialah RM 6.88. Manakala, Nature’s Heart Roasted Mixed Nuts 70g dan Nature’s Heart Dried Cranberries 80g dicadangkan pada harga ialah RM7.88. Nature’s Heart Roasted Macadamia Nuts (Bergaram)60g pula dijual pada harga cadangan RM10.88.

Makanlah snek yang berkhasiat tanpa rasa bersalah dengan rangkaian snek Nature’s Heart yang boleh didapati di premis Guardian berdekatan atau boleh membuat pesanan dalam talian di pautan https://online.guardian.com.my.

[1]Snacks for adults, MedlinePlus, <https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000338.htm>.

[2]Koleksi menyeluruh kajian kaitan pengambilan kekacang dengan pengurangan kadar kematian Institut Kanser Dana-Farber, < http://www.dana-farber.org/Newsroom/News-Releases/Large-study-links-nut-consumption-to-reduced-death-rate.aspx>

[3]Laporan Asas: Jurnal Persatuan Dietik American Dietetic, <http://www.medicalnewstoday.com/articles/269468.php#health_benefits_almonds>

[4]Health Benefits of Nut Consumption, US National Library of Medicine, National Institutes of Health, <https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3257681/>

[5]Penilaian khasiat protein gajus pekat dan disaring, Jurnal Sains Makanan Afrika, <http://www.academicjournals.org/journal/AJFS/article-full-text-pdf/85F601549608>.

[6]A Macadamia Nut-Rich Diet Reduces Total and LDL-Cholesterol In Midly Hypercholesterolemic Men and Women, The Journal of Nutrition, < http://jn.nutrition.org/content/138/4/761.full>.

[7]Berries: emerging impact on cardiovascular health, US National Library of Medicine, National Institutes of Health, <https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3068482/>

[8]Berries: emerging impact on cardiovascular health, US National Library of Medicine, National Institutes of Health, <https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3068482/>


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *