(SEMASA) Guardian Memperkenalkan Rangkaian Topeng Muka Double Intensive yang Bukan Sekadar Topeng Muka Biasa

Spread the love

Print

Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan Rangkaian Topeng Muka Double Intensive dengan pati ajaib daripada ekstrak botani yang ditapai bagi memberikan enam kali ganda manfaat penjagaan kulit berbanding aplikasi topeng muka biasa.

Dibangunkan dan dikilangkan di Korea, topeng muka dua langkah ini terdiri daripada ampul pati ajaib yang diperbuat daripada ekstrak botani yang ditapai. Ia menawarkan enam manfaat penting penjagaan kulit iaitu antioksidan bagi memerangi radikal bebas, menghaluskan pori untuk kulit yang lebih licin, melembapkan untuk penghidratan kulit, melegakan kulit, melembutkan kulit untuk penampilan yang lebih anggun serta mengimbangkan zon kulit berminyak dan kering.  Langkah pertama, iaitu pati ajaib, akan menyediakan kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik dan meningkatkan manfaat penggunaan topeng muka tersebut.

Langkah kedua rangkaian Topeng Muka Double Intensive ini ialah ‘Cupra Mask’ buatan Jepun yang direka agar sesuai dan padan dengan segala bentuk muka dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi untuk penyerapan yang lebih baik. Topeng muka ini mengandungi kompleks aktif untuk setiap varian, dan 12 ekstrak herba Korea untuk manfaat tambahan bagi kulit.

Kedua-dua langkah ini menjadikan Rangkaian Topeng Muka Double Intensive bukan sekadar topeng muka biasa pada harga yang masih berpatutan.

Rangkaian Topeng Muka Double Intensive oleh Guardian ini terdapat dalam tiga varian dengan manfaat dan fungsi khusus masing-masing iaitu Hydrating (Menghidrat), Brightening (Mencerah) dan Firming (Menegang) kulit.

 

Topeng Muka Double Intensive Untuk Menghidrat Kulit Muka

Bagi yang mempunyai kulit kering atau yang bekerja dalam persekitaran berhawa dingin, Topeng Muka Double Intensive Hydrating oleh Guardian seharusnya menjadi sebahagian daripada rejim penjagaan kulit mingguan anda. Dengan ‘Hydra-Moist Complex’ yang menggabungkan Asid Hialuronik dan Biji Chia, ia meningkatkan penghidratan kulit dan menyegarkan kulit yang kering dan kusam agar kembali berseri. Asid Hialuronik terkenal dengan sifatnya yang menembamkan kulit dan mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit, manakala Biji Chia merupakan ‘superfood’ yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang sihat, karbohidrat, protein, fiber, antioksidan dan kalsium yang membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk lebih lama.[1]

Topeng Muka Double Intensive Untuk Mencerah Kulit Muka

Jika tona kulit tidak sekata adalah masalah anda, dapatkan Topeng Muka Double Intensive Brightening oleh Guardian ini yang mengandungi ‘Vita-Glow Complex’ yang merupakan gabungan Niasinamida dan Camu Camu.

Niasinamida merupakan terbitan niasin yang juga dikenali sebagai Vitamin B3. Ia dipercayai membantu mengembalikan keremajaan kulit dan melindunginya daripada kehilangan lembapan. Niasinamida dipercayai boleh membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata dan menyerikan kulit.

Camu Camu ialah sejenis beri dari hutan Amazon yang mengandungi lebih Vitamin C berbanding buah oren.[2] Kandungan Vitamin C yang tinggi ini memberi keajaiban kepada tona kulit. Ia memperbaiki tona kulit di samping menghalang kerosakan kulit akibat radikal bebas.

Dengan penggunaan secara tetap, kombinasi menakjubkan ramuan aktif yang terdapat di dalam ‘Vita-Glow Complex’ Topeng Muka Double Intensive Brightening menggalakkan kulit yang lebih cerah.

Topeng Muka Double Intensive Untuk Menegang Kulit Muka

Dengan peningkatan usia, stres dan pergerakan yang berulang pada wajah seperti memasamkan muka atau bersenyum, kulit muka yang lembut akan

menggeleber. Topeng Muka Guardian Double Intensive Firming meningkatkan ketegangan dan daya pemulihan kulit menerusi Nutri-Firm Complex yang memanfaatkan Adenosina dan Ceri Acerola.

Adenosina  membantu memperbaiki penampilan kulit, seperti mengurangkan garisan halus dan kedutan pada muka.

Ceri Acerola amat kaya dengan Vitamin C. Vitamin C memainkan peranan penting dalam memastikan kulit sentiasa sihat dan muda, melindunginya daripada faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari, radikal bebas, pencemaran yang melemahkan dan merosakkan kulit dan akhirnya menyebabkan kedutan dan menggeleberkan kulit. Ceri Acerola juga mengandungi banyak Vitamin A, tiamin, riboflavin dan niasin yang kesemuanya menggalakkan pembentukan kulit yang cantik.

Kulit yang lebih tegang kini mampu diperoleh dengan Topeng Muka Guardian Double Intensive Firming.

“Bahan aktif hanya sebahagian daripada cara penggunaan topeng muka yang efektif. Cara nutrien diserap ke dalam kulit juga penting. Inilah sebabnya Guardian memperkenalkan rangkaian topeng muka dua kali intensif yang sangat efektif dan menggabungkan pati ajaib daripada ekstrak botani yang ditapai dengan kompleks aktif dan helaian ‘Cupra Mask’ buatan Jepun untuk penyerapan yang tiada tolok bandingnya. Bukan itu sahaja, kesemua manfaat ini ditawarkan pada harga yang berpatutan,” jelas Cik Segolene Defline, Pengarah Jenama Korporat bagi The Dairy Farm Company, Limited.

Rangkaian Topeng Muka Double Intensive Face oleh Guardian boleh didapati di seluruh negara pada harga RM9.90 untuk setiap penggunaan topeng muka, hanya di kedai-kedai Guardian dan e-kedai Guardian di https://online.guardian.com.my.

[1] http://www.webmd.com/diet/features/truth-about-chia

[2] Sources of Vitamin C. News Medical. (http://www.news-medical.net/health/Sources-of-Vitamin-C.aspx)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *