(SEMASA) GUARDIAN SUMBANG RM380,000 UNTUK PENJAGAAN DAN SOKONGAN KANAK-KANAK PENGHIDAP KANSER – Sumbangan Bersempena Ramadan dan Hari Bekas Pesakit Kanser/Hari Survivor Kanser

Spread the love

????????????????????????????????????

Kuala Lumpur: 16 Jun 2016 – Bersempena Ramadan dan Hari Bekas Pesakit Kanser, Guardian Malaysia menyumbang sebanyak RM380,000 dalam bentuk wang tunai dan pelbagai barangan bagi menyediakan penjagaan dan keselesaan kepada kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di hospital-hospital, dan kanak-kanak yang telah sembuh daripada penyakit kanser.
Daripada jumlah tersebut, RM100,000 akan digunakan untuk mengubahsuai tingkat empat ruang Rumah Harapan Kanak-Kanak (Home of Hope), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) agar lebih banyak bilik dapat diadakan untuk menempatkan kanak-kanak dari luar bandar dan penjaga mereka sementara kanak-kanak tersebut menjalani rawatan, dan untuk penganjuran hari bersiar-siar untuk bekas pesakit kanser.

Peter J Dove, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, pemilik Guardian Malaysia, telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Sudhaharan Nair, Pengurus Besar NCSM, di satu upacara simbolik majlis pecah tanah hari ini.

Dove berkata: “Kami sangat gembira dan berbesar hati, kerana diberi peluang untuk menyumbang untuk Rumah istimewa kanak-kanak ini. Sebuah rumah yang didedikasikan sepenuhnya bagi menyediakan penjagaan, keselesaan dan sokongan emosi untuk pemulihan pesakit-pesakit muda.”

“Selain usaha kami pada petang ini, Guardian Malaysia akan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM300,000 dan RM80,000 lagi dalam bentuk barangan, jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM380,000, untuk dimanfaatkan ke arah pelbagai aktiviti dan program komuniti untuk menyokong mereka, yang mana hidup mereka terkesan akibat kanser,” tambah beliau.

“Kanak-kanak yang dirujuk ke Rumah Harapan kami kebanyakannya menghidap kanser otak, mata, tulang atau darah, dan mereka bukanlah daripada kalangan keluarga yang berada,” kata Sudhaharan Nair, Pengurus Besar NCSM. “Mereka tidak selalu ceria, dan apa yang dapat kita bantu adalah dengan menyediakan ruang yang selesa semasa mereka menjalani rawatan. “Kami sangat berbesar hati Guardian telah menyertai misi kami untuk menceriakan hari-hari mereka.”

????????????????????????????????????

Menjelaskan keputusan Guardian Malaysia untuk menyokong misi ini, Dove berkata: “Menyedari keberanian yang ditunjukkan oleh pesaki-pesakit muda ini dalam menangani ancaman kesihatan dan kehidupan mereka, Guardian Malaysia memilih untuk memfokuskan program CSR Ramadan kami untuk mendekati kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kanser di hospital dan juga kanak-kanak yang terselamat daripada kanser. Ia juga merupakan cara Guardian Malaysia menghormati Hari Bekas Pesakit Kanser Kebangsaan yang telah disambut pada 5 Jun.”

Program CSR Ramadan termasuk yang berikut:
 Sebanyak RM180,000 atau RM20,000 untuk setiap hospital untuk 9 buah hospital di Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang mempunyai wad onkologi pediatrik untuk kanak-kanak.

 RM100,000 untuk tujuan pengubahsuaian tingkat empat Home of Hope NCSM untuk mewujudkan lebih banyak ruang penginapan bagi kemudahan kanak-kanak dari luar bandar dan penjaga mereka sementara kanak-kanak tersebut menjalani rawatan

 RM20,000 adalah untuk menyokong aktiviti-aktiviti Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak.

 Bakinya akan dimanfaatkan untuk penganjuran Hari Bersiar-Siar Bekas Pesakit Kanser Kebangsaan, yang akan diadakan selepas bulan Ramadan, beserta pembelian pek pemula Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan hadiah Hari Raya untuk keluarga pesakit.

Beliau berkata bahawa Guardian Malaysia, perintis dalam industri farmasi dan kesihatan runcit negara ini, telah berkhidmat untuk keperluan komuniti selama hampir 50 tahun. Selain menawarkan produk-produk hebat pada harga yang menarik, kami percaya kami juga harus menjadi sebuah platform yang selesa dan membantu mereka yang memerlukan.

“Dalam semangat melakukan kebajikan Ramadan ini, kami berharap untuk menyampaikan kepada para pelanggan kami, bahawa kami adalah “Penjaga (The Guardian)” anda dan keluarga anda,” tambah beliau.

Dove menambah bahawa Guardian Malaysia yang mengendalikan kira-kira 100 farmasi, harus memastikan bahawa farmasi-farmasinya mempunyai stok produk yang tepat, setiap masa.

“Jadi kami tahu apa maknanya mempunyai barangan yang tepat pada masa kami memerlukannya , terutamanya untuk ibu bapa yang perlu menjaga anak-anak mereka. Untuk memberi sokongan moral kepada keluarga pesakit, pek pemula Kumpulan Sokongan Ibu Bapa akan diagihkan kepada 100 keluarga, melalui Hospital Kuala Lumpur.“

“Dan dengan Hari Raya yang menjelang tiba, kami merancang untuk membeli dan mengagihkan hadiah Hari Raya kepada 220 keluarga pesakit di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain,” tambah beliau lagi.

Di samping itu, apabila pengubahsuaian selesai kira-kira pada pertengahan bulan Ogos nanti, pasukan Guardian Malaysia akan mengecat dinding baru itu dengan mural dengan harapan ia akan menceriakan kanak-kanak dan keluarga yang melangkah ke Rumah Harapan Kanak-Kanak itu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *