(SEMASA) HYPPTV MEMBAWAKAN HYPPCARNIVAL, ACARA YANG PENUH KESERONOKAN, KE KUCHING UNTUK PERTAMA KALINYA

meet-greet-with-mr-bean-from-boomerang-hd-at-hyppcarnival-kuchingTelekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV baru-baru ini telah mengadakan acara jelajah HyppCarnival buat pertama kalinya di Sarawak bertempat di Plaza Merdeka, Kuching. HyppTV HyppCarnival memberi pelanggan TM dan orang ramai di Kuching peluang untuk mengalami sendiri penawaran kandungan hiburan bertaraf antarabangsa yang terdapat di HyppTV dalam satu acara santai dan interaktif menerusi pelbagai aktiviti menarik termasuklah penampilan istimewa para selebriti dan karakter kanak-kanak.

Kuching merupakan lokasi keempat bagi siri jelajah HyppTV ke seluruh negara selepas acara ini diadakan di Johor Bahru (April), Kota Kinabalu, Sabah (Mei) dan baru-baru ini di Pulau Pinang (Ogos). Plaza Merdeka merupakan rakan lokasi rasmi sementara CatsFM merupakan rakan radio rasmi bagi HyppTV HyppCarnival di Kuching.

Mengulas mengenai acara tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata, “Kami amat teruja untuk membawakan HyppTV HyppCarnival buat julung kalinya ke Sarawak. Acara ini adalah sebahagian daripada aktiviti untuk membawa pelanggan TM dan orang ramai untuk turut serta dalam acara unik ini yang mempamerkan kandungan-kandungan eksklusif bertaraf antarabangsa di HyppTV yang menawarkan pengalaman tontonan terbaik untuk seisi keluarga. Warga Kuching bukan sahaja dapat menikmati penawaran-penawaran menarik kami menerusi aktiviti-aktiviti bertemakan kandungan, malah turut berpeluang untuk menyertai sesi bertemu peminat bersama selebriti-selebriti drama HyppTV, pengacara TV dan watak-watak kanak-kanak di acara HyppCarnival kami.”

“Selain itu, dengan sukacitanya kami turut mengumumkan bahawa pada bulan ini, aplikasi mudah alih HyppTV, HyppTV Everywhere kini telah ditawarkan buat pertama kalinya di Samsung Smart TV. Menerusi kerjasama unik bersama Samsung, pelanggan yang membuat pembelian Samsung Smart TV dari siri K5500 terpilih bermula 8 September 2016 sehingga 31 Oktober 2016 di pusat jualan barangan Samsung di seluruh negara layak untuk mendapat baucer menikmati akses HyppTV Everywhere secara percuma untuk selama 60 hari,” tambah beliau.

Acara jelajah HyppTV HyppCarnival di Kuching, Sarawak ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Antara aktiviti yang diadakan ialah penampilan khas selebriti dari siri drama terbaharu di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116) seperti Chacha Maembong dan Erwin Dawson dari drama “Cinta FB” dan juga pengacara TV, Li Kim dari program “The Paranormal Zone” di Syfy HD (HyppTV saluran 611). Untuk pengunjung cilik, terdapat juga penampilan istimewa oleh “Mr Bean” dari Boomerang HD (HyppTV Saluran 555) dan ”Dora The Explorer” dari Nick Jr. (HyppTV Saluran 552) sementara bagi peminat program masakan, mereka berpeluang bertemu chef selebriti, Fendi Dapur Bujang yang turut menunjukkan cara masakan dengan gaya menarik dan mudah kepada para penonton.

HyppTV baru-baru ini telah melancarkan kandungan sukan terbaharunya yang menawarkan empat (4) saluran bagi FOX Sports (HyppTV Saluran 706), FOX Sports 2 (HyppTV saluran 707), FOX Sports 3 (HyppTV Saluran 708) dan FOX Sports New (HyppTV Saluran 709). FOX Sports Network merupakan penyiar eksklusif bagi himpunan acara sukan terbaik dari seluruh dunia termasuklah Grand Slam Tennis, Master Golf, Formula One, MotoGP dan aksi  bola sepak dari Asia dan Jerman bersama FOX Sports News Channel, saluran berita sukan 24/7 yang pertama khusus buat peminat sukan di Asia.

Dengan saluran FOX Sports, HyppTV terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia IPTV terbesar di Malaysia yang menghimpunkan pelbagai program hiburan dan sukan bertaraf antarabangsa. Pelanggan HyppTV juga boleh menonton liputan secara langsung acara sukan tumpuan dan rancangan-rancangan lain secara eksklusif, pada hari siaran yang sama dengan tayangannya di US termasuk siri ‘Lethal Weapon’ di Warner TV (HyppTV Saluran 613) dan X-Factor UK musim ke-13, secara langsung dari UK di RTL CBS Entertainment (HyppTV Saluran 616), kesemuanya dalam HD tanpa sebarang yuran tambahan.

Selain kandungan antarabangsa yang menarik, pelanggan HyppTV turut boleh menikmati siri drama terbaharu terbitan tempatan secara eksklusif dari HyppTV di HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) seperti ‘Cinta Tangkap Muat’ dibintangi oleh Johan As’ari dan Mimi Lana yang kini bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9.00 malam dan ‘Impian Lulu’ yang akan bersiaran pada 30 September 2016, dibintangi oleh Kilafairy, Idris Khan dan pelakon baru berbakat, Yusof Hashim yang turut dikenali sebagai ‘Ucoppp’.

Dalam perkembangan lain, HyppTV, dengan kolaborasi bersama Samsung turut menawarkan promosi Samsung Smart TV – HyppTV Everywhere di mana para pelanggan yang membeli Samsung Smart TV siri K5500 bermula 8 September 2016 sehingga 31 Oktober 2016 di mana-mana pusat jualan barangan Samsung di seluruh negara akan layak untuk mendapatkan baucer akses tanpa had untuk HyppTV Everywhere secara percuma selama 60 hari yang bernilai RM400. Eksklusif untuk pelanggan TM, setiap pembelian bagi siri SMART TV K5500 yang terpilih dengan nilai di antara RM2,199 sehingga RM3,099, mereka berpeluang untuk menikmati diskaun sebanyak RM100 bagi mana-mana barangan Samsung.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 110 saluran dengan 50 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 48 saluran premium, 27 saluran percuma, 5 saluran Radio, 8 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang boleh ditonton tanpa gangguan cuaca dengan 14 hari ciri catch-up dan dua (2) jam fungsi time-shift. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati himpunan kandungan hiburan bertaraf dunia melalui HyppTV Everywhere atau HyppPlay, saluran Video-On-Demand yang menawarkan siri-siri kandungan yang boleh didapati di HyppTV untuk tontonan secara santai. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih daripada 1.2 juta pelanggan.

Untuk maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv atau layari laman media sosial kami di www.facebook.com.my/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), dan www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *