(SEMASA) IFHTAR PERDANA EHSAN GROUP OF COMPANIES

Bertempat di Masjid India Kajang telah berlangsungnya Majlis Iftar & Penyampaian Bantuan Hari Raya anjuran Ehsan Group of Companies yang telah di sempurnakan oleh tetamu khas kehormat YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri( Undang-undang).

Bersempena bulan yang mulia ini, Ehsan Group of Companies telah bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada Anak-Anak Yatim & Asnaf Zakat. Majlis ini turut disertai oleh seramai lebih 100 orang Anak-Anak Yatim & Asnaf Zakat kawasan Kajang dan sekitarnya serta melibatkan sejumlah 38 rumah anak yatim dan kebajikan.

Bercakap kepada media, Dato’ Haji Abdul Hamid PV, selaku Pengerusi Masjid India Kajang (juga dikenali sebagai Madrasah Assirathul Mustaqeem) yang juga merupakan CEO Ehsan Group of Companies berkata, objektif penganjuran majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab social syarikat bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik disamping mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *