(SEMASA) JAKEL BARULAH RAYA  – LELONGAN JUNAMAN SEHINGGA 85% SEMPENA HARI RAYA

Spread the love

dav

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2017 – Jakel membuka tirai kempen JAKEL BARULAH RAYA yang pertama kali pada edisi kali ini di Jakel Mall Kuala Lumpur. Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen bertemu pelanggan/ peminat pada hari ini adalah wajah baru seperti Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan Harith Iskander.

dav

Majlis berlangsung selama dua jam ini telah diketuai oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakelbersama pelanggan.

Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Mall Kuala Lumpur turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar membeli-belah secara PERCUMA bernilai lebih daripada RM 70,000 kepada 1,000 pelanggan yang terawal.

dav

Menurut Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, “sempena ulangtahun ke-10 Jakel bertapak di Kuala Lumpur, Jakel mengeluarkan lebih banyak pilihan fabrik dan menampilkan pelbagai variasi koleksi pakaian raya. Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Sebagai sebuah pusat tekstil utama tanah air, Jakel juga adalah pengimport secara sendirinya bagi kemasukan fabrik tanpa melalui orang tengah yang membolehkan pelanggan dapat membeli fabrik dan pakaian pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan. Jakel juga menjangkakan koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh JAKEL.

Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli
dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.

dav

Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah.

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai “sense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan.

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Bersempena ulangtahun ke-10 Jakel bertapak di Kuala Lumpur, Jakel mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.

Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain.

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. Para pelanggan boleh membeli dengan jualan harga murah dan berpatutan serendah RM 100 untuk 2 helai. Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.

KOLEKSI BAJU MELAYU
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan
kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah
koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru
khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal
menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna
kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.
Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan
kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza
bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan
sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain
daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan
lagi kempen jualan raya pada tahun ini.
Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan
produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan
produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang
berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person
in the World” iaitu Harith Iskander.

KOLEKSI KURTA
Koleksi kurta di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari ini adalah keluaran terbaru dan
terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut
trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta
yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi
kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di
potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.
Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan
dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai
variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.
Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan
kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.

BAJU KURUNG
JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung
moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang
inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih
diberi penegasan pada design dan detailing.
Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada
peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini
ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan
dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend
masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.

KOLEKSI KANAK-KANAK
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya
diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian
koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel
sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini
Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada
Lara Alana.

BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN
Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan
dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di
hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan
produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.

Koleksi Hanis, Hairul, Yusof
Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati
ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini
adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang
mengikuti mereka di alam maya.

a) Hanis Zalikha
Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima
kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan,
versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini
memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan.
Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat
selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan
lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan
boleh dibeli di semua cawangan Jakel.

b) Hairul Azreen
Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara
kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi
diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi
memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai
menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra
wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi
memudahkan pengambilan air sembahyang.

c) Yusof Iskandar
Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof
Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit
untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif
mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini,
baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya
membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang
bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi
ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelanggan boleh
menyuaipadankan dengan keluarga.

Koleksi Schawalara
a) Scha Al-Yahya
JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama
Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari
himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi.
Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan
kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan
Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan
manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak
terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan
sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik,
kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL.

b) Awal Ashaari
Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus
dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu,
mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu
memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga
amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta
butang baju melayu.
Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan
penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan
mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan
pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi
permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan
menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain
mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar
ianya nampak terletak cantik apabila digayakan.

c) Lara Alana
Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai
Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak
perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta
di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram
dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak
perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.
Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang
lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung
kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi
karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *