(SEMASA) JOM SINGGAH – Nasi Beriani Sinar Dulang

Pihak Galaksi Media Online (GMO) telah dijemput untuk hadir menikmati Nasi Beriani Sinar Dulang yang melancarkan pembukaan kedai bertempat di Subang Bistari, Shah Alam. En Amir yang merupakan pemilik Sinar Dulang Event & Enterprise dalam proses mengembangkan perniagaan katering beliau dengan membentuk satu cabang baru dalam perniagaan beliau iaitu kedai Nasi Beriani Sinar Dulang.

Idea ini tercetus apabila beliau sering mendapat pertanyaan atau permintaan daripada pelanggan setiap beliau untuk menikmati hidangan nasi beriani beliau ketika bukan di majlis kenduri memandangkan beliau merupakan pengusaha katering sepenuh masa yang mana juadah tersebut kebiasanya disediakan ketika kenduri atau berdasarkan tempahan majlis yang besar sahaja. Beliau  yang lebih dikenali dengan panggilan Tokey Dulang dikalangan pelanggan dan rakan-rakan , turut menerima tempahan secara bungkusan untuk majlis-majlis keraian berskala kecil daripada pelanggan tetap serta pengemar nasi beriani Sinar Dulang.

Nasi Beriani Sinar Dulang ini terletak di U5 Corner Subang Bestari (lokasi sama : Juneda Italian Taste) di mana ia agak mudah untuk dijejaki kerana lokasinya berhampiran dengan Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Petaling dan Mahkamah Rendah Syariah Petaling.  Kedai ini di buka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang manakala pada sebelah malamnya pula terdapat gerai-gerai kecil ala-ala food court menjalankan perniagaan di situ.

Antara menu nasi beriani yang dihidangkan adalah:-

Nasi beriani Ayam + Air asam utara – RM6.50

Nasi beriani Daging + Air asam utara – RM7.50

Nasi beriani Kambing + Air asam utara – RM8.50

Nasi beriani Combo (ayam + daging + kambing) – RM17.00

Air AsamUtara

Maklumat mengenai nasi beriani sinar dulang, boleh terus ke fanpage Sinar Dulang Katering atau hubungi 019 296 6353.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *