(SEMASA)  KEDIAMAN IMPIAN BERNILAI RM498,000, 500,000 MATA PENERBANGAN DAN BANYAK LAGI UNTUK DIMENANGI

GuardianMY Mktg Director Christina Low and Director of Seri Pajam Dev Tey Soo Leng launching the Guardian Win A House Contest

Nilai, Khamis [28 Julai 2016]: Guardian Malaysia kini menawarkan sebuah rumah impian bernilai RM498,000, 500,000 mata penerbangan dan pelbagai hadiah menarik lain di sambutan ulang tahunnya yang ke-49 dan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms Christina Low, yang melancarkan peraduan Guardian’s Win-a-House di D’Mayang Sari @ Nilai, lokasi rumah impian tersebut, berkata: “Kami telah menjadikannya satu tradisi dimana ulang tahun kami dan Merdeka diraikan dengan memberi semula sesuatu yang istimewa kepada para pengguna setiap tahun.

Tahun ini, memandangkan semua perbincangan awam adalah mengenai pemilikan hartanah dan kemampuan memilikinya, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberi ganjaran berupa sebuah kediaman teres dua tingkat, di pinggir  bandar yang indah di D’Mayang Sari @ Nilai berdekatan Kuala Lumpur, yang pastinya menjadi hadiah yang amat bermakna.

D’Mayang Sari, yang kini sedang dibangunkan oleh Seri Pajam Development, merupakan sebuah komuniti perumahan yang dijaga, menampilkan rumah-rumah kontemporari yang direka secara ergonomik, membolehkan penggunaan ruang yang inovatif bagi mewujudkan suasana mewah dan harmoni.

Jelas Ms Low lagi, hadiah istimewa ini juga telah diilhamkan atas sokongan kuat yang telah ditunjukkan oleh para pelanggan kepada Guardian sejak farmasi pertamanya dibuka pada tahun 1967 di The Weld, salah sebuah mercu tanda peruncitan tertua di Bandaraya. Pada masa itu, ia hanya beroperasi di ruang sebesar 200 kaki persegi, menawarkan produk-produk kesihatan dan penjagaan diri, selain berperanan sebagai farmasi kepada masyarakat.

“Kini di tahun 2016, Guardian Malaysia mengendalikan lebih daripada 400 buah farmasi di seluruh negara, termasuk sebuah e-farmasi. Lebih penting lagi, Guardian hari ini telah menjadi sebuah nama yang sinonim dengan kesihatan, kecantikan dan farmasi. Sebuah jenama yang dipercayai untuk produk yang berkualiti, pelbagai dan yang menawarkan tawaran hebat sepanjang tahun. “

Pencapaian yang direalisasikan atas sokongan para pelanggan setia kami, yang mengiktiraf semangat Guardian dalam memenuhi keperluan masyarakat. Sebagai balasan, kami menghargai sumbangan para pelanggan yang telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan kami yang kukuh dan mampan,” tambah beliau.

Secara keseluruhannya, terdapat sejumlah 81 hadiah-hadiah untuk dimenangi dalam pertandingan sambutan berganda tahun ini.

Selain rumah impian tersebut, 30 pemenang kedua akan menerima 16,666 Air Asia Big Points setiap seorang, 10 hadiah tempat ketiga bakal menerima Kuvings Slow Juicer bernilai lebih daripada RM2,800 setiap satu, dan 40 hadiah saguhati bakal menerima peralatan La Gourmet dan hamper produk bernilai lebih daripada RM100 setiap satu.

Pertandingan yang berlangsung bermula 28 Julai sehingga  28 September itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk mengambil bahagian, mereka hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu produk daripada jenama yang mengambil bahagian, dan kemudian mengira bilangan pek tisu Guardian yang terdapat dalam model rumah akrilik, berukuran 2 kaki (lebar), 3 kaki (tinggi) dan 3 kaki (panjang).

Penaja-penaja utama yang mengambil bahagian adalah: Bio-essence, Hada Labo, L’Oreal, Maybelline, Nutox dan Sunsilk.

Penyertaan boleh dihantar melalui aplikasi Line, melalui laman Mikro atau melalui borang penyertaan yang boleh didapati di farmasi Guardian.

Empat puluh satu (41) penyertaan dengan tekaan yang tepat atau paling hampir akan dipilih untuk pusingan akhir berupa acara ujian kemahiran untuk menentukan pemenang hadiah utama dan hadiah-hadiah lain.

“Kami amat berharap semua pelanggan kami akan merebut peluang untuk menyertai peraduan ini untuk memiliki rumah impian mereka,” kata Cik Low.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *